Sunday, August 14, 2011

Sertai NGO, sumbang bakti kepada masyarakat



Sertai NGO, sumbang bakti kepada masyarakat



Sinar Harian
15 Ogos 2011

SUNGAI LAYANG – Masyarakat berkemampuan diseru menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat baik dalam bentuk sumbangan tenaga mahupun kewangan.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan (YAMNS), Rozmal Malakan berkata, usaha mereka itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban golongan memerlukan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Menurutnya, sepanjang lebih 10 tahun YAMNS ditubuhkan, pihaknya setiap tahun tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada golongan memerlukan.

“Malah, penyampaian sumbangan pada tahun ini menjadi lebih menarik lagi apabila sebuah persatuan kelab motosikal iaitu Goldwing Owners Association Malaysia (GOAM) dari Lembah Klang bersama-sama menyumbangkan modal bagi diserahkan kepada lebih 100 keluarga di seluruh Rembau bagi meringankan beban golongan memerlukan,” katanya sempena Program Kembara Ukhuwwah Ramadan di Teratak Amal, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Presiden GOAM, Sulzaily Abdul Hamid dan Penasihat YAMNS, Dr Rosli Yaakub.

Sementara itu, Rozmal berkata, beliau amat berharap agar masyarakat setempat lebih prihatin dengan keadaan penempatan mereka supaya boleh menghulurkan bantuan atau maklumat bagi membantu golongan memerlukan.

“Malah, menjadi lebih menarik lagi sekiranya mereka sama-sama menyertai mana-mana NGO bagi membantu masyarakat setempat sepertimana dilaksanakan kita sejak 10 tahun lalu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9428556.asp

Friday, August 12, 2011

Kelab motosikal agih sumbangan di Rembau



Rembau 12 Ogos 2011 - Program sumbangan Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada tahun ini telah mendapat sokongan serta kerjasama dari sebuah persatuan kelab motosikal iaitu Goldwing Owners Association Malaysia (GOAM) dari Lembah Klang.

Majlis pelancaran program Kembara Ukhuwwah 1432 Hijrah telah diadakan pada 12 Ogos 2011 di Teratak AMAL, Rembau, Negeri Sembilan. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) telah diwakili oleh Saudara Rozmal bin Malakan selaku Timbalan Pengerusi YAMNS sementara GOAM telah diwakili oleh Presiden GOAM iaitu Tuan Haji Sulzaily bin Abdul Hamid.

Pada hari pelancaran tersebut seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan serta wang tunai yang disampaikan sendiri oleh Presiden GOAM. Dianggarkan sekitar 100 ke 200 keluarga sekitar Rembau akan menerima sumbangan yang akan diagih-agihkan secara berperingkat bermula pada 13 Ogos 2011.

Sehubungan dengan itu mana-mana pihak, persatuan atau individu diberi peluang untuk turut serta memberi sumbangan agar lebih ramai lagi akan dapat bersama diraikan sempena Ramadhan dan Syawal ini bukan sahaja di daerah Rembau malahan di luar Rembau sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930























Tuesday, August 9, 2011

Sumbangan Ramadhan NGO N.Sembilan



Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta penyerahan bantuan kepada beberapa keluarga kawasan perumahan rakyat di Senawang pada 18 Ogos 2011.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930