Saturday, May 18, 2013

Keluarga saudaru baru amat perlukan bantuan di Rembau


Encik Mohd Ali bin Bustamam dari Kg Batu, Rembau pada 18 Mei 2013 datang mengadu kepada saya mengenai kesusahan hidup beliau sekeluarga. Beliau hanya bekerja kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beberapa bulan sudah beliau telah keluar masuk hospital kerana berkaitan masalah kerongkong dan paru-paru. Dan baru-baru ini pula beliau diserang sakit asma yang teruk.

Ini menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan harian. Kini beliau dalam proses untuk pindah dari rumah yang di sewa di Kg Batu kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang lama tertangguh. Syukur ada insan yang prihatin yang sudi untuk menyewakan rumah tanpa perlu bayar sewa dulu di Kg Padang Lebar.

En Mohd Ali ada memohon rumah PPRT untuk didirikan atas tanah ibu beliau di Kg Selemak akan tetapi belum ada jawapan yang positif. Beliau juga ada memohon bantuan Baitul Mal dan ada menerima bantuan Baitul Mal sebelum ini tetapi belum lagi memohon untuk bantuan tetap bulanan dari Baitul Mal atau JKM.

Isteri beliau Pn Rosita yang dikahwini pada tahun 2005 adalah merupakan saudara baru iaitu Orang Asli dari Kg Ulu Chembong, Rembau. En Mohd Ali mempunyai 6 orang anak, 2 orang anak tiri dan 4 orang anak beliau hasil perkongsian hidup dengan Pn Rosita yang berumur antara 1 tahun ke 16 tahun.

Sehubungan dengan itu beliau memohon kepada mana-mana pihak yang sudi membantu beliau samada untuk membuat permohonan PPRT, bantuan bulanan JKM dan Baitul Mal atau bantuan peribadi bolehlah menghubungi beliau di talian 016-6013577 atau boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam beliau No Akaun 05-012-02-044168-9 atas nama Mohd Ali bin Bustamam.

Atau bantuan boleh juga disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan,
No Akaun di Bank Islam 05012010047905 (Seremban). Hubungi saya Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi YAMNS 012-2267407 rozmal@yahoo.com