Sunday, June 23, 2013

Pusat Pengajian Islam khusus untuk golongan OKU




PERSATUAN KEBAJIKAN SAHABAT INSANI MALAYSIA (No. Pendaftaran 5526-11-NSE) - Pusat Pengajian Islam Golongan Berkeperluan Khas - Masalah Pendengaran, Penglihatan Dan Pembelajaran

Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia ditubuhkan dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah dalam kalangan golongan kelainan upaya (masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran) sebagai fokus utama.

Antara matlamat penubuhan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan rasional berikut :

i. Golongan bermasalah pendengaran amat lemah dalam penguasaan asas agama ; pengetahuan akidah dan ibadah yang amat lemah ( tidak mengetahui kalimah syahadah, tidak mengetahui Allah dan keesaanNya, tidak mengetahui asas kewajipan dan sah solat serta puasa, persoalan bersuci termasuk wuduk, mandi wajib dan najis serta batasan aurat)

ii. Golongan bermasalah penglihatan amat lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran

iii. Kekurangan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar dan tempat untuk mereka mendalami agama. Golongan ini hanya berpeluang mempelajari agama melalui pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah yang telah dimaklumi batas waktu yang terhad dengan pelbagai kekangan. Selepas tamat persekolahan, peluang untuk mendalami agama hampir tertutup disebabkan tiada tempat belajar. Ketiadaan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar mereka disebabkan tidak mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi terhadap golongan masalah pendengaran (mengetahui bahasa isyarat) dan kekurangan prasarana yang membantu untuk golongan masalah penglihatan.

iv. Tiada pusat pengajian lanjutan selepas alam persekolahan bagi golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan untuk mendalami agama

v. Tumpuan pihak-pihak yang terlibat dengan OKU hanya memberi penekanan aspek kemahiran hidup sahaja

vi. Persatuan ini berusaha untuk mengurangkan golongan buta asas agama dalam kalangan OKU

vii. Amat kurang organisasi-organisasi Islam dan NGO-NGO Islam memberi tumpuan terhadap pendidikan Islam dan dakwah terhadap golongan minoriti yang terdiri daripada golongan OKU

Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan Kompleks Pendidikan Sahabat Insani (KPSI) ini, Sahabat Insani Malaysia merayu dan memohon mana-mana pihak yang sudi tampil membantu Sahabat Insani Malaysia dengan apa jua bentuk bantuan sekalipun.

Tapak Pusat Pendidikan Sahabat Insani terletak di Lot No. 11995, Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Persatuan ini bergerak tanpa mendapat dana daripada mana-mana agensi amat berharap kepada sumbangan daripada dermawan bagi membiayai dan merealisasikan hasrat murni ini.

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank:
No. Akaun: 12300000574100
Bank: CIMB Islamik Bank Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Atas nama: Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Sahabat Insani

Untuk maklumat lanjut sila layari :
Facebook : Sahabat Insani Malaysia

Alamat :
No. 76, Jalan DK 3/7,
Desa Kasia, 71800 Putra Nilai,
Negeri Sembilan
No. Telefon: 019-6562151

AJK Yayasan Amal Malaysia N.Sembilan 2013-2015





Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan pada 23 Jun 2013 di Seremban.

Berikut ialah senarai Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan untuk sessi 2013 – 2015 :

Pengerusi : Mohd Sufian bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi : Rozmal bin Malakan
Naib Pengerusi 1 : Nazri bin Zainal
Naib Pengerusi 2 : Norwani binti Ahmat
Naib Pengerusi 3 : Dr Abd Aziz

AJK :
Mohd Hakki bin Bawadi
Mohd Saiful
Izamri bin Med
Fauziah
Abd Syukur

Pemeriksa kira-kira :
Hj Md Hisol
Hj Abd Roni

Thursday, June 20, 2013

Kepada yang sudi menaja pelajar cemerlang ini ke Mesir






Adik Siti Nuratiqah bt Sufien dari Bandar Seremban Selatan telah mendapat keputusan cemerlang iaitu Pangkat Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 semasa di Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan, sekolah terbaik peratus kelulusan STAM 2012.

Adik Siti Nuratiqah bt Sufien telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University Zagazig, Mesir dalam Bidang Perubatan bermula September 2013.

Yuran pengajian untuk tahun pertama ialah USD2,000. Manakala untuk tahun kedua hingga tahun keenam ialah USD8,000 untuk setiap tahun.

Biasiswa atau tajaan pengajian hanya akan dapat diperolehi semasa tahun kedua pengajian. Oleh itu beliau amat memerlukan sumbangan untuk membantu untuk kos pendaftaran, kos pengajian tahun pertama serta lain-lain kos yang berkaitan.

Ibu beliau bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah agama di Seremban.

Kepada mereka yang ingin menaja atau memberikan sumbangan sila salurkan ke akaun berikut :

Siti Nuratiqah bt Sufien
BSN : 0310041000177627

Noor Yati bt Hamdan
Bank Islam : 05012020412822
                       
Atau boleh menghubungi ibu beliau Puan Noor Yati bt Hamdan , 017-2748499 , nooryati8@gmail.com

LAPORAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2012            

Seramai 1825 orang pelajar Yayasan Islam Kelantan telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012.              

Peratus kelulusan penuh ialah 68.22% berbanding 66.61% pada tahun 2011, meningkat sebanyak 1.61%.              

Daripada jumlah calon 1825 orang, pencapaian mengikut pangkat sebagaimana berikut :-    
- Pangkat Mumtaz seramai 115 orang calon    
- Pangkat Jayyid Jiddan seramai 360 orang calon       
- Pangkat Jayyid seramai 629 orang calon       
- Pangkat Maqbul seramai 141 orang calon     
 ( Keseluruhan yang layak mendapat sijil seramai 1245 orang calon )             

Seramai 115 orang memperolehi pangkat mumtaz berbanding 97 orang pada tahun 2011 ( bertambah 18 orang)     

SEKOLAH TERBAIK (MENGIKUT PERATUS KELULUSAN)              
a.Sekolah Kawalan      
1. Maahad Muhammadi Perempuan   97.78%             
2.Maahad Muhammadi lelaki 90.77%             
3.Kolej YIK 80.23%    
                                     
b.Sekolah Kerajaan Negeri (Maahad)              
1.Maahad Pengajian Islam 85.56%      
2.Maahad Muhammadi Tumpat 82.61%          
3.Maahad Yaakubiah, Nipah   77.11%             
                         
c.Sekolah Bantuan Kerajaan (SMU(A))          
1.SMU(A) Meheliah Geting   72.58%             
2.SMU(A) Taqaddum Maarif 56.25%             
3.SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor 53.51%           
                         
SENARAI PELAJAR YANG MENDAPAT PANGKAT MUMTAZ STAM 2012              
MAAHAD MUHAMMADI (P)                                             
20 . SITI NURATIQAH BT SUFIEN