Tuesday, September 30, 2014

Pengumpulan buku latihan dan alat tulis untuk pelajar kurang berkemampuan


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dalam usaha untuk mengumpul sumbangan orang ramai berupa buku tulis, buku kerja, alat tulis untuk diagihkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama apabila sesi persekolahan baru akan dibuka setiap awal tahun.

Mereka yang ingin memberi sumbangan buku tulis, buku kerja dan alat tulis yang baru ini (bukan terpakai) bolehlah menghubungi Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal bin Malakan melalui Tel/Whatsapp/SMS 012-2267406 .

Sumbangan juga boleh dihantar terus ke pusat pengumpulan kami di ;

1. Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau
2. Taman Al Quran, Taman Seri Rembau, Rembau
3. Muslimat Green Corner, Taman Tasik Jaya, Senawang

Monday, September 22, 2014

Pengumpulan laptop terpakai untuk pelajar IPT kurang mampu


Saya dan kawan-kawan dalam usaha untuk mengumpul laptop terpakai atau laptop lama yang tidak digunakan lagi tapi masih dalam keadaan baik atau hanya perlu dilakukan format sahaja untuk diagihkan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran di IPT atau yang masih menuntut di IPT.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan laptop ini sila hubungi saya, Rozmal melalui Tel/Whatsapp 012-2267406 atau Ustaz Aliff 011-18876145.

Yang menjalankan amanah,
Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Sunday, September 7, 2014

Laporan Sinar Harian program Prihatin Ummah, Selamatkan Gaza


Laporan Sinar Harian program Prihatin Ummah, Selamatkan Gaza di Mydin Mall Seremban 2 pada 1 Sep 2014