Sunday, November 30, 2014

Rayuan sumbangan utk siapkan gerai peniaga OKU




Keluarga peniaga kecil yg bergantung hidup menjual dodol, bahulu, wajik serta kuih tradisional lain di Kg Ramuan China Kecil, Lubok China, Melaka ini perlukan sumbangan kewangan untuk menyiapkan gerai di depan rumah mereka.

Buat permulaan pihak kami akan memasang atap sahaja dulu agar mereka boleh memulakan perniagaan.

Kos yg diperlukan ialah sekitar RM2,500 sahaja.

Kepada mereka yg ingin membantu sila hubungi saya Hj Rozmal 0122267406.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, no akaun 05012010047905 BANK ISLAM atau akaun Maybank 155126945930 .

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
1 Dis 2014

Bantuan untuk pesakit kanser




30 Nov 2014 - En Abdul Manan b Abu Anas 49 tahun merupakan seorang OKU, di Bt 25 1/4, Kg Ramuan China Kecil, 78100 Lubok China, Melaka kini mengidap kanser paru paru yg kritikal, batuk berdarah.

Beliau kini tidak dapat lagi menyara keluarga, sebelum ini beliau berniaga kecil kecilan di hadapan rumah menjual dodol, wajik, bahulu dan kuih tradisional lain.

Gerai yg dibina di hadapan rumah dgn bantuan org ramai tidak dapat disiapkan kerana kekurangan dana.

Beliau memerlukan bantuan kewangan utk kos ulang alik rawatan ke hospital.

Kepada yg sudi membantu keluarga ini sila salurkan ke akaun BSN isteri beliau Anis Sabirin bt Baharudin 0412929000049847 atau hubungi mereka 0105265224

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel 0122267406

Saturday, November 29, 2014

Keluarga dalam kesempitan menumpang di masjid


Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid Bandar Baru Senawang bahawa satu keluarga iaitu suami dan isteri beserta empat anak mereka telah menumpang teduh dan tidur di masjid tersebut sejak dua hari yang lalu.

Lalu saya hubungi Encik Adnan Abdullah, Pengerusi Kompleks Saadah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang kemudiannya memaklumkan sukarelawan Skuad Mubaligh N.Sembilan akan datang ke masjid untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh keluarga ini.

Encik Zamri Vinoth dari Skuad Mubaligh N.Sembilan telah bertemu keluarga ini di Masjid Bandar Baru Senawang dalam tempoh sejam setelah saya mengutarakan permasalahan tersebut.

Alhamdulillah Encik Zamri Vinoth telah melakukan perundingan dengan keluarga ini dan beberapa pihak. Keluarga ini akan ditempatkan buat sementara waktu di sebuah tempat perlindungan.

Apa yang menariknya dalam kes ini ialah tiadanya karenah birokrasi oleh semua pihak dari pihak masjid, pihak MAINS hinggalah ke pihak sukarelawan dalam mengendalikan kes ini.

Sesungguhnya saban hari, banyak masalah masyarakat yang kita perlu tangani. Dan permasalahan ini perlu kita tangani bersama dengan meletak tepi kepentingan peribadi dan kepentingan politik.

Terus terang dikatakan lebih ramai sukarelawan diperlukan oleh semua persatuan serta NGO untuk membantu masyarakat sekeliling kita. Lebih ramai daripada kita melibatkan diri secara sukarela semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, insyaAllah pelbagai permasalahan masyarakat yang sering kita dengar dalam media akan berkurangan.

Sikap berpeluk tubuh, tunggu dan lihat, mengkritik tidak akan membantu.

Ayuh, mari kita sebarkan kasih sayang, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
29 Nov 2014

Thursday, November 27, 2014

Rayuan bantuan untuk penjaja di Dataran Senawang




Pihak kami dalam usaha untuk membantu 10 orang penjaja dan peniaga kecil di Dataran Senawang untuk mendapatkan Permit Berniaga Sementara sebanyak RM85 seorang. Rata-rata mereka ini dari golongan peniaga kecil yang berpendapatan rendah, mempunyai tanggungan anak yang ramai serta masih bersekolah.

Kepada mereka yang ingin membantu para penjaja dan peniaga ini seorang, sebahagian atau keseluruhan kumpulan ini sila hubungi saya di talian 012-2267406

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
28 Nov 2014

Seorang pelajar susah di Kolej Matrikulasi Perlis perlukan laptop terpakai




Ada seorang pelajar dari keluarga yang susah amat memerlukan sebuah komputer riba (laptop) terpakai untuk melakukan tugasan. Cuma perlukan perisian Words, Excel dan Office. Kepada mereka yang sudi membantu sila hubungi saya di talian 012-2267406.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
27 Nov 2014

Wednesday, November 26, 2014

Kecualikan keluarga miskin bayar yuran PIBG


Mengendalikan beberapa kes keluarga yang kesempitan, keluarga kesusahan akhir-akhir ini, dan kes ini semakin bertambah hari demi hari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pihak kami merayu kepada semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru seluruh Malaysia dan Kementerian Pendidikan agar mengecualikan Yuran PIBG kepada para pelajar dari golongan miskin ini terutamanya keluarga yang ada menerima bantuan JKM atau Baitul Mal, atau dalam proses memohon bantuan JKM atau Baitul Mal.

Ada kes yang pihak kami kendalikan para pelajar ini amat miskin hinggakan tidak mampu membeli cermin mata, mereka terpaksa meminjam dan menyalin nota dari rakan sekelas mereka selama bertahun-tahun. Ada pula yang keluarga mereka makan sehari sekali, itu pun sekadar mengalas perut. Ada pelajar yang malu untuk hadir ke kelas akibat kemiskinan dan sebagainya.

Dan lebih menyedihkan lagi ialah apabila ada keluarga Islam ini memohon bantuan daripada pihak gereja dan sebagainya.

Ada banyak cara lain pihak PIBG atau pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan untuk menjana dana. Alumni setiap sekolah haruslah lebih memainkan peranan untuk membantu bekas sekolah mereka apatah lagi terdapat ramai bekas-bekas pelajar yang telah berjaya.

Sekali lagi pihak kami merayu agar golongan keluarga miskin dan kesempitan ini dikecualikan daripada membayar yuran PIBG atau yuran khas dan sebagainya.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
27 Nov 2014

Monday, November 24, 2014

Tak mampu sekolahkan anak sebab kesempitan hidup

Satu keluarga di Taman Jasmin, Senawang dalam kesempitan sekarang ini. Suami tidak mampu bekerja sepenuh masa kerana mengalami masalah kesihatan. Pendapatan sebulan tidak sampai RM 1000. Mempunyai empat orang anak, salah seorang anak di sekolah rendah tidak mampu ke sekolah kerana masalah kewangan.

Anak kecil tidak lagi diberi susu, hanya diberi minum teh atau air sirap. Dapur selalu tidak berasap, suami pergi kerja berbekalkan RM3 sahaja.

Keluarga ini baru nak buat permohonan Baitul Mal untuk bantuan persekolahan. Tahun hadapan 2 orang anak keluarga ini akan bersekolah rendah.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini untuk keperluan makanan asas dan sebagainya sila hubungi saya 012-2267406.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
24 Nov 2014

OKU tak mampu jelaskan bayaran kasut khas

Seorang OKU memerlukan sepasang kasut khas. Kasut sudah ditempah hampir setahun yang lalu dengan harga RM450 di sebuah kedai kasut di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, deposit telah dijelaskan sebanyak RM50, namun OKU berkenaan belum mampu untuk menjelaskan baki bayaran.

Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi saya di talian 012-2267406.

Boleh membuat bayaran terus ke kedai berkenaan atau boleh disalurkan sumbangan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
24 Nov 2014

Sunday, November 23, 2014

Keluarga ini perlu bantuan ulang alik Melaka ke HKL

Encik Manan dari Melaka menghidap kanser paru-paru. Beliau merupakan seorang OKU. Beliau dan isteri berniaga makanan tradisional di hadapan rumah mereka seperti dodol, bahulu dan wajik secara kecil-kecilan. Kini mereka sukar untuk berniaga memandangkan Encik Manan perlukan rawatan lanjut di HKL. Sebelum ini beliau berulang alik ke Hospital Melaka 3 ke 5 kali sebulan, yang memerlukan perbelanjaan pengangkutan yang banyak.

Beliau mendapat bantuan JKM dan Majlis Agama Islam Melaka namun ianya masih tidak mencukupi memandangkan mereka tidak mendapat mencari rezeki secara tetap pada masa ini.

Kepada mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini berulang alik dari Melaka ke HKL sila hubungi saya di talian 012-2267406, saya akan berikan nombor telefon keluarga ini beserta dengan nombor akaun mereka.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
23 Nov 2014

Saturday, November 22, 2014

Program Bantuan Peralatan Persekolahan Pelajar Kurang Berkemampuan


Sempena sesi persekolahan yang akan dibuka pada tahun 2015, pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima banyak permintaan dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka masuk ke alam persekolahan.

Antara peralatan persekolahan yang diperlukan ialah buku tulis, buku kerja serta alat tulis. Kami menganggarkan untuk seorang pelajar cuma memerlukan RM30 untuk menyiapkan peralatan asas persekolahan. Sasaran kami ialah untuk memberi bantuan persekolahan ini kepada 500 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang berada di sekolah rendah dan menengah.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal 012-2267406 .

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930


Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
23 Nov 2014

Wednesday, November 19, 2014

Pengumpulan laptop terpakai untuk pelajar IPT yang susah




Terkini kami menerima permohonan laptop terpakai untuk pelajar bukan Islam yang berada di IPTA yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Keluarga pelajar ini memang susah, mereka tinggal di Seremban. Harap ada yang sudi memberikan sumbangan laptop terpakai yang masih elok tetapi tidak digunakan lagi.

PENGUMPULAN LAPTOP TERPAKAI UNTUK PELAJAR IPT YANG KURANG MAMPU

Pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dalam usaha mengumpul laptop terpakai atau laptop lama yang tidak digunakan lagi tapi masih dalam keadaan baik atau hanya perlu dilakukan format sahaja untuk diagihkan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran di IPT atau yang masih menuntut di IPT.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan laptop ini sila hubungi saya, Rozmal 012-2267406.

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan