Thursday, June 25, 2015

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN DAN MERAIKAN SYAWAL KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN



PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN DAN MERAIKAN SYAWAL KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN



Sempena Ramadhan dan Syawal ini Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengedarkan sumbangan barangan makanan dan wang tunai kepada keluarga yang memerlukan.

Setiap keluarga akan mendapat sumbangan barangan makanan serta duit raya sebanyak RM50. Kami mensasarkan 500 keluarga akan mendapat sumbangan ini. Setakat ini jumlah yang terkumpul ialah untuk 180 keluarga.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi ;
0133851202 (Pn Norwani)
0122267406 (Hj Rozmal)

Sunday, June 14, 2015

PROGRAM TABUNG BANTUAN KELUARGA MISKIN SEMPENA RAMADHAN & SYAWAL


PROGRAM TABUNG BANTUAN KELUARGA MISKIN SEMPENA RAMADHAN & SYAWAL

Sempena Ramadhan dan Syawal ini Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengedarkan sumbangan barangan keperluan asas dapur untuk keluarga miskin.

Mereka yang ingin memberi sumbangan untuk program ini adalah amat dialu-alukan dalam bentuk barangan keperluan asas dapur seperti beras pek 5 kg, tepung, minyak masak, susu tin, sardin dalam tin, gula, kicap, kopi, teh atau sumbangan kewangan.

Untuk sumbangan sila hubungi wakil Yayasan Amal untuk kawasan berikut ;

Senawang & Paroi 0133851202 (Pn Norwani)
Rembau, Chembong & Kota 0122267406 (Hj Rozmal)