Sunday, November 22, 2015

Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai atau Baru



Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai atau Baru

Sebagai persiapan untuk membantu para pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk kembali ke sesi persekolahan baru tahun 2016, pihak kami menerima sumbangan baju sekolah terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih atau yang baru.

Mereka yang ingin memberi sumbangan baju sekolah terpakai atau yang baru untuk pelajar lelaki atau perempuan, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila pastikan pakaian tersebut dalam keadaan baik, tidak lusuh serta bersih dan dilipat kemas.

Kami juga mengalu-alukan alatulis terpakai atau yang baru yang masih elok seperti pen, pensil, alat geometri serta bekas alatulis dan sebagainya.

Barangan yang dikumpulkan ini akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan pada penghujung Disember 2015.

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Sumbangan juga boleh dihantar atau diposkan ke :
TERATAK AMAL
Lot 1370, Kg Sg Layang
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U.P. : Rozmal bin Malakan)


Saturday, November 21, 2015

FREE MARKET – Kumpul dan Agih , Sama Merasa

FREE MARKET – Kumpul dan Agih , Sama Merasa

Adalah menjadi matlamat dan sasaran Free Marker ini untuk membantu mereka yang memerlukan terutama di kawasan perumahan kos rendah dan termiskin. Free Market yang diadakan pada 21 November 2015 di PPR Senawang, Taman Jasmin telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dimana sumbangan barangan percuma telah habis diagihkan dalam masa yang singkat.

Memandangkan permintaan untuk Free Market ini adalah amat memberangsangkan maka pihak kami akan meneruskan siri Free Market ini di kawasan perumahan kos rendah yang lain sekitar Senawang atau Seremban pada 12 Disember 2015. Turut diadakan semasa Free Market ini ialah Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk penduduk setempat.

Untuk menjayakan program ini, orang ramai yang mempunyai barangan keperluan harian yang terpakai yang masih elok, berfungsi, tidak cacat dan sebagainya seperti kasut, beg tangan, telekung, sejadah, rehal, Al Quran, majalah ilmiah, bahan bacaan ilmiah, pinggan, gelas, periuk, sudu, cawan, seterika, kipas angin, radio, televisyen, basikal dan sebagainya bolehlah menghantar ke pihak penganjur. Pastikan barangan terpakai tadi dalam keadaan baik, tidak kotor, bersih, bukan barangan yang hendak dibuang.

Mereka yang ingin menjayakan program ini sila hubungi Puan Rusilah 0193572101. Pusat pengumpulan barangan terpakai ini ialah di No 6, Jalan Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Hj Rozmal 0122267406




 


Friday, November 20, 2015

Sumbangan lampu solar



Tuan Hj Nasir menyampaikan sumbangan lampu solar kepada Encik Jamal yg mendiami pondok tanpa kemudahan elektrik di Chembong, Rembau



Tuesday, November 17, 2015

Wakaf Penajaan Pelajar Pusat Dakwah Serantau



Wakaf Penajaan Pelajar Pusat Dakwah Serantau

PDS atau Pusat Dakwah Serantau adalah merupakan sebuah tempat latihan untuk pelajar-pelajar dari keluarga mualaf terutama dari kawasan pedalaman. Para pelajar di PDS diberi latihan agar mereka dapat berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama dengan dipantau oleh mereka yang pakar dalam pengetahuan agama dari masa ke semasa.

PDS mula beroperasi pada Julai 2010 dengan pengambilan seramai 30 orang pelajar untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor. Tempoh pengajian untuk para pelajar di sini ialah selama satu tahun.

PDS amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pengurusan, termasuklah penginapan, bahan kursus serta makan dan minum pelajar.

Sumbangan dari segi kewangan dan barangan adalah amat dialu-alukan.

Sehubungan dengan itu PDS menawarkan kepada orang ramai untuk menaja pengajian para pelajar di sini dengan kos wakaf penajaan RM50 untuk setiap orang pelajar untuk setiap bulan.

Mereka yang ingin menaja pelajar di PDS boleh menghubungi wakil setiap negeri. Untuk Negeri Sembilan sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Alamat :
Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks
Darul Irsyad
Lot 4459, Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
010-5667528 (Mudir PDS, Ustaz Misbahul Munir Masduki)