Wednesday, January 20, 2016

Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator



Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Sdr. Nazri Zainal menyampaikan sumbangan kamus untuk pelajar-pelajar yang memerlukan di SMK Pasir Besar, Gemas, N.Sembilan.

Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator untuk diagihkan kepada pelajar miskin atau yang kurang berkemampuan yang sedang menuntut di sekolah menengah, Pra U, madrasah dan sebagainya. Wakaf untuk seunit kalkulator atau senaskhah kamus Bahasa Arab/Inggeris ialah RM50. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk program wakaf ini sila hubungi 0122267406 (Hj Rozmal Malakan) atau 0192655059 (Pn Hjh Masita Ali).



Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator



Terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Datuk Abdullah, Astana Raja, Rembau yang memberi kami ruang membantu pelajar miskin dan anak yatim di sini yang memerlukan kamus serta kalkulator saintifik.

Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator untuk diagihkan kepada pelajar miskin atau yang kurang berkemampuan yang sedang menuntut di sekolah menengah, Pra U, madrasah dan sebagainya. Wakaf untuk seunit kalkulator atau senaskhah kamus Bahasa Arab/Inggeris ialah RM50. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk program wakaf ini sila hubungi 0122267406 (Hj Rozmal) atau 0192655059 (Pn Hjh Masita Ali).






Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator



Sebahagian daripada penerima wakaf kamus/kalkulator semasa Karnival Cinta Rasul di Kip Mart, Senawang yang berlangsung sehingga jam 10 malam ini pada 16 Januari 2016. Rupanya ramai yang memerlukan wakaf kamus/kalkulator ini. Program wakaf ini berjalan sepanjang masa selagi ada yang memerlukan. Terima kasih kepada para penyumbang.




Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator



Meja Wakaf Kamus/Kalkulator di Kip Mart, Lavender Height, Senawang semasa Karnival Cinta Rasul di Kip Mart, Senawang pada 16 Januari 2016.


Saturday, January 9, 2016

Wakaf Kamus/Kakulator Untuk Pelajar Miskin

Wakaf Kamus/Kakulator Untuk Pelajar Miskin - Pihak kami akan melancarkan Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator untuk diagihkan kepada pelajar miskin atau pelajar yang kurang berkemampuan yang sedang menuntut di sekolah menengah, Pra U dan sebagainya. Wakaf untuk seunit kalkulator atau senaskhah kamus Bahasa Arab/Inggeris ialah RM50. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk program wakaf ini sila hubungi 0122267406 (Hj Rozmal) atau 0192655059 (Hjh Masita). Pelancaran program wakaf ini akan diadakan semasa Karnival Cinta Rasul pada Sabtu 16 Januari 2016 di Kip Mart Senawang.





Friday, January 8, 2016

WAKAF KAMUS BAHASA ARAB

WAKAF KAMUS BAHASA ARAB - Program Wakaf Kamus Bahasa Arab ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan. Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja sudah termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia yang dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada mana-mana pelajar yang memerlukan. Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408 whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (sms/whatsapp). Atau kunjungi kedai Pustaka Azhar Media di Ampangan, Seremban (berhampiran kedai pakaian Zulda Masri)




Sunday, January 3, 2016

Terima kasih Sinar Harian

Terima kasih Sinar Harian. InsyaAllah kita akan perluaskan program ini di setiap daerah di N.Sembilan


Rumah PPRT di Rembau ini telah sekian lama tanpa tandas

Rumah PPRT di Rembau ini telah sekian lama tanpa tandas. Sekarang pihak kami sedang membina tandas untuk keluarga ini dengan kos RM2,300. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan dan membantu keluarga ini.