Tuesday, June 21, 2016

PROGRAM HADIAH TELEKONG



Sebanyak 15 set telekung telah diagihkan kepada anak yatim serta fakir miskin dari PPR Paroi pada 21 Jun 2016.

PROGRAM HADIAH TELEKONG - Untuk diberikan kepada golongan wanita miskin, ibu tunggal, pelajar susah, mualaf. Satu set telekong RM50. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Pn Masita 0192655059 , Pn Faridah 0122243696

"Eratkan Ukhuwwah, Tingkatkan Ibadah"

Anjuran : Amalnita - Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan




Sunday, June 19, 2016

HADIAH PEK IBADAH UNTUK ORANG ASLI



HADIAH PEK IBADAH UNTUK ORANG ASLI - Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan (YAMN9) menawarkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pek ibadah yang mengandungi telekung, pakaian muslimah, buku-buku asas pengetahuan agama, sejadah dan sebagainya untuk dihadiahkan kepada 20 keluarga di perkampungan Orang Asli sekitar Jempol dimana kebanyakan mereka ialah golongan mualaf. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 Rozmal, Pengerusi YAMN9 atau 0192655059 Pn Masita, Pengerusi Amalnita N.Sembilan.


PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADHAN SANTUNI WARGA ASNAF



Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) diketuai oleh En Shafiee, Samsol dan Husaif telah menyantuni Warga Asnaf pada 18 Jun 2016 bertempat di Kampung Simpang Gelami, Jelebu N.Sembilan. Seramai 24 orang penerima terdiri daripada ibu tunggal, OKU dan yang kurang berkemampuan. Barangan yang diberi merupakan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu dll. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh En Shafiee Zain.


















Sunday, June 12, 2016

Sumbangan Ramadhan untuk Puan Rahimah



Pada 12 Jun 2016 wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Encik Shapie Zain telah menyampaikan kerusi roda serta sumbangan Ramadhan kepada Puan Rahimah bte Ishak kerana lumpuh selepas menjalani pembedahan perut, di Kampung Renal, Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan. Suami beliau seorang pemandu lori iaitu Encik Abd Rahman bin Kasim. Mereka mempunyai 3 orang anak, seorang belajar di Sekolah Agama manakala anak yang sulung sudah bekerja. Anaknya yang kedua terpaksa menangguhkan pengajian di UIA semata-mata utuk menjaga ibunya yang terlantar. Beliau memerlukan bantuan untuk membeli keperluan susu pemakanan khas dan beg kantung najis. Dalam pada itu juga didapati keadaan atap rumah yang didiami banyak yang bocor dan reput. Turut hadir semasa serahan bantuan ialah wakil JKKK. Mereka yang ingin membantu keluarga ini sila hubungi Shapie 0126191794 atau Rozmal 0122267406





Bantuan untuk Pn Masila di Gemencheh



Pn. Masila dari Kg Air Gelugor, Gemencheh, N.Sembilan merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 3 orang anak menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti jualan air minuman, sayuran kampung dan lemang ketika Ramadan di gerai jalan Gemencheh-Gemas, berhampiran Taman Rekreasi Sungai Gedok. Rumah yang keluarga ini diami usang, atapnya reput dan bocor ketika hujan. Gerainya juga perlu dibaiki. Mereka yang ingin membantu boleh hubungi Firdaus 0136096680 atau Rozmal 0122267406