Friday, August 12, 2011

Kelab motosikal agih sumbangan di Rembau



Rembau 12 Ogos 2011 - Program sumbangan Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada tahun ini telah mendapat sokongan serta kerjasama dari sebuah persatuan kelab motosikal iaitu Goldwing Owners Association Malaysia (GOAM) dari Lembah Klang.

Majlis pelancaran program Kembara Ukhuwwah 1432 Hijrah telah diadakan pada 12 Ogos 2011 di Teratak AMAL, Rembau, Negeri Sembilan. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) telah diwakili oleh Saudara Rozmal bin Malakan selaku Timbalan Pengerusi YAMNS sementara GOAM telah diwakili oleh Presiden GOAM iaitu Tuan Haji Sulzaily bin Abdul Hamid.

Pada hari pelancaran tersebut seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan serta wang tunai yang disampaikan sendiri oleh Presiden GOAM. Dianggarkan sekitar 100 ke 200 keluarga sekitar Rembau akan menerima sumbangan yang akan diagih-agihkan secara berperingkat bermula pada 13 Ogos 2011.

Sehubungan dengan itu mana-mana pihak, persatuan atau individu diberi peluang untuk turut serta memberi sumbangan agar lebih ramai lagi akan dapat bersama diraikan sempena Ramadhan dan Syawal ini bukan sahaja di daerah Rembau malahan di luar Rembau sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930























Tuesday, August 9, 2011

Sumbangan Ramadhan NGO N.Sembilan



Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta penyerahan bantuan kepada beberapa keluarga kawasan perumahan rakyat di Senawang pada 18 Ogos 2011.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930

Friday, July 22, 2011

Makan Malam Amal Ya Ramadhan 29 Julai 2011 Senawang



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN

Bersama :
Azhan Atan - Juara Akademi Nasyid TV9
Radzi - Kumpulan Rock Melissa
Akhwan Affendi – Motivator Gen Y

Tarikh : 29 Julai 2011 , JUMAAT

MAKAN MALAM AMAL
8 mlm - 10 mlm di Restoran Amimies, Taman Matahari Height, Senawang
Kupon RM 50
Hubungi ; 0122832458 Hamizi, Hj Fisol 0193440826, Dzuha 0196651176

PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
10 mlm - 12 tgh mlm di Dataran Senawang
PERCUMA - Semua dijemput hadir

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk pembayaran kupon dan sumbangan tunai atau melalui : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Bank Islam 05012010047905 (Seremban)


RADZI (MELISSA) INGIN BERDAKWAH
Utusan Malaysia 1 Mac 2009

Masih ingatkah lagi dengan lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa?

Pertengahan tahun 90-an, lagu itu antara yang berjaya memikat hati pendengar.

Malah populariti kumpulan tersebut juga setanding dengan May, Search, Kiara, Wings, Bumiputera Rockers dan Medicine.

Tapi sayang, hari ini satu persatu kumpulan muzik rock tersebut berpecah dan hilang begitu saja.

Yang tinggal hanyalah Search dan Wings yang masih aktif mengangkat genre muzik yang mereka pegang selama ini.

Selepas sekian lama berlalu, hari ini Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa yang berimej rambut panjang dan berseluar ketat dulu muncul semula.

Kehadirannya mengejutkan. Imejnya kini lebih "alim" berbanding era 90-an lalu selepas bergelar pegawai agama di sebuah masjid di negeri Kedah.

Kali ini dia hadir bukan untuk mengangkat irama rock yang menjadi "makanannya" suatu ketika dulu tetapi berhasrat menyampaikan dakwah menerusi album berkonsepkan ketuhanan.

Jelas Radzi selama 17 tahun menyepikan diri, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selama ini.

Mungkin ada yang akan memandang sinis apabila melihat dia kembali ke dalam industri ini.

Walaubagaimanapun bagi Radzi tidak ada salahnya untuk dia terus berada dalam industri selagi niatnya tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu untuk berdakwah.

"Selama saya bekerja di Kedah memang tidak banyak pendedahan media terhadap diri saya. Saya sendiri tidak merancang untuk membuat comeback sehinggalah saya berjumpa dengan pengurus saya sekarang.

"Terdapat 10 buah lagu dalam album terbaru yang berjudul Penyesalan yang kebanyakannya diciptakan oleh Dr. Nasuha dan Deen Production," kata Radzi

Bagi Radzi, dalam album Penyesalan kebanyakan lagu-lagu yang dimuatkan lebih bercorak ketuhanan dan keagamaan yang lebih dekat pada jiwanya kini.

Pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Radzi yakin peminat dapat menerimanya walaupun bukan sebagai penyanyi rock.

"Pada saya rock itu tidak salah tapi persepsi masyarakat sahaja yang membuatkan genre rock selalunya mendapat pandangan sinis daripada masyarakat.

"Prinsip saya mudah. Lirik ibarat ubat yang pahit. Manakala muzik pula gula-gula. Ia perlu beriringan untuk menjadikannya lebih baik dan mampu diterima oleh orang ramai.

"Saya dapat rasakan yang nyanyian saya lebih mantap memandangkan saya menggunakan teknik nyanyian taranum dan lebih baik daripada nyanyian saya bersama kumpulan Melissa dahulu," jelas anak kelahiran Kedah ini.

Akui Radzi, dia tidak dapat mengelak pandangan negatif orang ramai apabila kembali dengan album baru. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri dan sukar untuk dirinya memuaskan hati semua pihak. - SY MUSSADDAD MAHDI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_23.htm

Tuesday, May 31, 2011

Sekitar Program Hari Kesihatan dan Kempen Derma Darah

Gambar-gambar sekitar Program Hari Kesihatan dan Kempen Derma Darah yang diadakan pada Ahad 29 Mei 2011 di Apartmen Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang anjuran bersama Pertubuhan Perkumpulan Wanita, Surau Al Hikmah dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan





















Tuesday, May 24, 2011

JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang



HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah

Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya

Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

Saturday, January 1, 2011

Sekitar Jualan Amal 1 Jan 2011

Gambar-gambar sekitar Jualan Amal pada Sabtu 1 Januari 2011 di Taman Tasik Jaya, Senawang. Terimakasih kepada semua yang membantu dan yang memberi sumbangan.




Monday, December 20, 2010

Sekitar Perkhemahan dan Motivasi Amal 2010

Pada 17 hingga 19 Disember 2010 telah diadakan Perkhemahan & Motivasi Amal 2010 anjuran Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan dan Surau Taman Matahari Heights, Senawang, N.Sembilan

Perkhemahan telah diadakan di Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.

Peserta-peserta telah dilatih untuk mendirikan Solat Berjemaah Di Surau. Antara pertandingan yang telah diadakan ia-lah Gusti Lengan, Timbang Sepaktakraw, Penebar Roti Canai Terbaik, Kumpulan Uli Roti Terbaik, Amal Race, Kumpulan Nasyid dan Pentomen Terbaik dan Kumpulan Kembara Malam Terbaik.

Program telah dihadiri oleh 30 peserta. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.

1) KUMPULAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH terdiri dari 5 orang di ketuai oleh Muhammad Alif bin Saidin Fitri.
2) KUMPULAN HASSAN AL-BANNA terdiri dari 5 orang diketuai oleh Muhammad Naquiddin bin Mohd Fadzil.
3) KUMPULAN OMAR AL-KHATTAB terdiri dari 6 orang diketuai oleh Abdul Hadi bin Zahari.
4) KUMPULAN SALAHUDDIN AL-AYUBBI terdiri dari 6 orang diketuai oleh Muhammad Sazuan bin Paiman.

Pemenangnya ialah :-
1) Juara Gusti Lengan = Muhammad Alif bin Saidin Fitri
2) Juara Timbang Sepaktakraw (35) = Abdul Hadi bin Zahari
3) Juara Perseorangan Tebar Roti Canai Terbaik = Ahmad Syarifuddin bin Husin
4) Kumpulan Uli Roti Terbaik = Juara Bersama ; Kumpulan Muhammad Al-Fateh dan Kumpulan Salahuddin Al-Ayubbi
5) Juara Amal Race = Juara Bersama ; Kumpulan Muhammad Al-Fateh dan Kumpulan Omar Al-Khatab
6) Nasyid dan Pentomen Terbaik = Kumpulan Hassan Al-Banna
7) Juara Kembara Malam = Kumpulan Omar Al-Khatab.

Saudara Muhammad Sufian Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan telah membuat Perasmian Penutup pada Majlis tersebut pada pukul 2.44 petang , 19hb Disember, 2010 (Ahad).













Tuesday, December 14, 2010

Jualan AMAL Kembali ke Sekolah 1 Jan 2011 Seremban


JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH
Tarikh : 1 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 2 ptg
Tempat : AMAL Corner, No 22 , Jalan Bunga Raya 27,Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

Kupon Amal: RM 10 , RM 100 (satu pek)

Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan yang berikut :
En Hakki 013-3840022
En Rozmal 012-2267406
Pn Hajjah Nur 017-3629686

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.

Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH ialah RM 10 untuk satu Kupon

Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.

Bengkel ke Menara Gading 26 Dis 2010 Seremban




BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 25/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com/ & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Monday, November 29, 2010

JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN




Tarikh : 25 Disember 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 10 malam
Tempat : Kawasan letak kereta, premis perniagaan Taman Matahari Height, Senawang

Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/ dengan kerjasama AJK Surau Taman Matahari Height

Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kami Prihatin untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.

Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KAMI PRIHATIN ialah RM 10 untuk satu Kupon

Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang berikut :

En Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
En Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com
En Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
En Nazri Esa 013-3098775


Sunday, November 21, 2010

Ibadah Korban 1431 H Yayasan Amal Malaysia N9






Pada 20 Nov 2010, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama beberapa pihak dan individu telah berjaya melaksanakan ibadah korban di Flat Senawang. Sebanyak 2 ekor lembu telah berjaya dikorbankan.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan mengharapkan acara ini akan mendapat sambutan pada tahun-tahun seterusnya.

Tumpuan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ialah mengagihkan daging korban di kawasan dari keluarga yang memerlukan.

Monday, November 15, 2010

Perkhemahan AMAL 17 ke 19 Dis 2010 Rembau

PERKHEMAHAN & MOTIVASI AMAL 2010
Tarikh : 17 – 19 Dis 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat :Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, N.Sembilan

Penyertaan terbuka kepada muslimin berumur 9 ke 55 tahun
Aktiviti ‘outdoor’ yang amat sesuai untuk bapa dan anak-anak lelaki
Yuran RM30 seorang

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dan Surau Taman Matahari Height

AKTIVITI MENARIK
Kem Solat dan Ibadah
Teori dan praktikal roti canai
Riadah dan Silat Amal
Amal Race
Teori dan praktikal nasi lemak kukus
Malam kesenian
Kembara malam
Penerokaan dan pendakian alam
Teori dan praktikal lemang
Masakan survival
Bengkel Roket Air

Maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Nazri Esa 013-3098775
Izamri 013-2124086
Hamizi 012-2832458

Barangan yang perlu peserta bawa :
- Pakaian solat dan sukan
- Lampu picit
- Kelengkapan tidur
- Khemah jika ada

Barangan yang disediakan :
- Fail
- Hamper dan hadiah pertandingan
- Bahan membuat roti canai, nasi lemak kukus, lemang dan roket air
- Sijil penyertaan

Sebarang sumbangan kewangan, hamper dan hadiah untuk menjayakan program ini amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Tarikh tutup pendaftaran 15 Dis 2010