Seorang pelajar Pra U dari Sikamat memerlukan bantuan untuk
mambaiki laptopnya yang rosak untuk kegunaan membuat "assignment".
Dia mempunyai 8 orang adik beradik yang semuanya masih lagi belajar manakala
ayahnya seorang pekerja am di sebuah syarikat swasta di Seremban 2. Kos
membaiki laptop ini ialah RM337. Mereka yang ingin membantu sila hubungi
0122267406 (Rozmal)
Thursday, March 17, 2016
Monday, March 14, 2016
Kesal khazanah sejarah terbiar
Kesal khazanah sejarah terbiar
14 Mac 2016
KOTA – Empat meriam lama yang dipercayai milik Datuk
Shahbandar pada zaman dahulu kala, di Kampung Nerambai, Lubok China, di sini
kini terbiar begitu sahaja sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan,
Rozmal Malakan berkata, dia hanya mengetahui terdapat khazanah bersejarah
bernilai tinggi di lokasi berkenaan sebaik diberitahu penduduk setempat setelah
menjalankan program meraikan asnaf bersama DBS Bikers minggu lalu.
Menurutnya, khazanah yang mempunyai nilai sejarah buat
negeri ini khususnya daerah Rembau wajar diberikan perhatian, dipulihara serta
diwartakan bagi memastikan keistimewaan khazanah berkenaan dapat dikongsi
bersama generasi akan datang.
“Sebaliknya, khazanah berupa empat meriam lama di kampung
ini seolah-olah telah dipinggirkan dan dilupakan begitu sahaja. Mengikut cerita yang dimaklumkan penduduk,
khazanah ini milik Datuk Shahbandar yang datangnya dari Melaka selepas Melaka
diserang Portugis.
“Jadi memang menjadi harapan kami agar khazanah sejarah seperti
ini dapat dipulihara dan sejarahnya dikumpul serta didokumentasikan buat
perkongsian dengan masyarakat setempat dan generasi akan datang,” katanya
kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, Rozmal berkata, khazanah bersejarah seumpama
itu mampu untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan memandangkan orang luar
sering mencari khazanah seperti ini sebagai bahan kajian mereka.
Katanya, penempatan yang mempunyai khazanah seperti ini
selalunya menyimpan banyak sejarah silam kehebatan bangsa kita sendiri yang
harus dibuat kajian.
“Malah, kita harap agar khazanah bersejarah seperti ini juga
dapat dijaga dengan baik dan tidak sesekali dicuri dan dijual bagi mendapatkan
keuntungan.
“Oleh itu, kita harap agar pihak bertanggungjawab dapat
memulihara kembali khazanah sejarah ini dan memastikan lokasi ini tidak terbiar
lagi," katanya.
Sunday, March 13, 2016
Konsep rumah PPRT perlu dikaji semula
Bantu siapkan rumah keluarga asnaf.
Konsep rumah PPRT perlu dikaji semula agar mereka yang benar-benar
susah mendapat tempat berteduh dalam keadaan ekonomi yang gawat. Saya
tak pasti berapa kos rumah PPRT. Katakan RM40,000. RM40,000 cuma
dapat bina 1 rumah. Pada saya lebih baik RM40,000 diberi kepada 4
keluarga untuk buat asas rumah tanpa bilik atau membaiki rumah yang
usang atau tidak siap. Contoh rumah Pn Habibah di Kg Semerbok, Rembau
ini, dulunya tiada atap, tiada bilik mandi dan tandas, tiada bekalan
air dan elektrik. Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai kini
sudah ada atap, ada bilik mandi serta tandas yang sempurna dengan kos
cuma RM9,500 sahaja. Jika kita buat konsep PPRT sebegini, mereka yang
mampu tidak akan semata-mata buat permohonan rumah PPRT untuk dibuat
rumah rehat, rumah hari tua, rumah sewa dan sebagainya.
Sunday, March 6, 2016
Program Amal bersama DBS Bikers
Pada Sabtu 5 Mac 2016, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi dari
Seri Kembangan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Amal bersama Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Kg Nerambai, Lubok Cina, Rembau. DBS
Bikers yang diwakili oleh Encik Abdul Satar bersama lebih kurang 30 ahli serta
20 motosikal telah sampai ke lokasi pada jam 11.30 pagi.
Antara yang hadir ialah Hj Rozmal bin Malakan selaku
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan serta AJK Sdr Azmil,
Tn Hj Ismail selaku Pengerusi JKKK Lubok Cina, Pn Azlina Ketua Wanita Cawangan
Umno Lubok Cina, Hj Hassan Tamby selaku Pengerusi Khidmat Malaysia N.Sembilan,
Hj Ishak Omar penyelaras program serta beberapa sukarelawan Yayasan Amal Malaysia
yang lain.
Program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan
doa, ucapan oleh Encik Abdul Satar dari DBS Bikers, penyampaian sumbangan
kepada empat keluarga asnaf serta jamuan tengahari.
Program berakhir sekitar jam 1 petang.
Thursday, February 25, 2016
Pelajar OKU impikan kaki palsu
Pelajar OKU impikan kaki palsu
25 Februari 2016
KUALA PILAH - Terbabit kemalangan jalan raya hampir tiga
tahun lalu menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat kehilangan kaki kirinya
sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.
Muhammad Aidil Aswad Masli, 16, pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tuanku Muhammad (TMS), di sini bagaimanapun menganggap ia sebagai
takdir yang perlu diterima dengan hati reda.
Mengimbas kembali tragedi kira-kira 3.30 petang pada 30 Mac
2013, Muhammad Aidil menunggang motosikal untuk menghantar ibunya, Siti Aishah
Syed Alwie, 50, ke tempat kerja dari arah Kampung Gentam ke Kampung Parit.
Bagaimanapun, mereka berdua terbabas, lalu dirempuh sebuah
kenderaan sehingga menyebabkan kaki kiri Muhammad Aidil putus, manakala ibunya
cedera di jari kaki kiri, patah kaki kiri dan mengalami gegaran otak yang
serius.
Katanya, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital
Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, selama tiga minggu, sementara ibunya
koma selama dua bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Buat masa ini, saya pergi ke sekolah setiap hari
menggunakan tongkat. Mujur kelas saya berada di tingkat bawah dan tidak perlu
menaiki tangga. Abang ipar saya yang akan hantar dan ambil saya ke
sekolah," katanya.
Namun jauh di sudut hati Muhammad Aidil mengharapkan dapat
memiliki kaki palsu untuk memudahkan pergerakannya.
"Saya berharap supaya suatu hari nanti saya boleh pakai
kaki palsu bagi memudahkan pergerakan saya,” kata anak bongsu dari tiga beradik
ini.
Sementara itu, ibunya, Siti Aishah berkata, kehidupannya
sekeluarga semakin terhimpit memandangkan dia sudah tiga tahun tidak bekerja,
sekali gus tidak mampu menampung perbelanjaan menempah kaki palsu yang kosnya
mencecah RM16, 500.
“Pada awalnya kami meminta bantuan dari Baitulmal. Baitulmal
setuju membayar kos kaki palsu sebanyak RM10,000.
“Tapi nak dapatkan RM6,500 lagi, saya tak mampu. Saya dah
tak bekerja, kini bergantung harap kepada anak sulung untuk tampung
perbelanjaan harian kami semua,” katanya merupakan seorang ibu tunggal.
Subscribe to:
Comments (Atom)



































