Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa dari SK Paroi,
Seremban yang sebelum ini perlukan bantuan beli cermin mata kerana mengalami
masalah rabun teruk. Abangnya pelajar OKU di SK Tmn Paroi Jaya. Emak mereka
merupakan ibu tunggal, dulu kerja pembersihan di masjid tapi sekarang tidak
dapat bekerja sejak lutut dibedah. Keluarga ini tinggal di PPR Paroi, mendapat
bantuan JKM RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Terima kasih kepada individu
yang telah memberi sumbangan untuk membantu keluarga ini.
Tuesday, July 19, 2016
Sunday, July 3, 2016
Ziarah Kasih Ramadan
Ziarah Kasih Ramadan, Sabtu 2 Julai 2016 di DUN Chennah,
Jelebu, N.Sembilan, pasukan kami yang diketuai oleh Sdr Shapie Zain telah
menziarahi serta menghulurkan sumbangan untuk Encik Razali Othman, yang
diserang angin ahmar kali yang kedua dan menambah kesedihan lagi peha kanan
beliau patah kerana terjatuh ketika hendak ke bilik air. Manakala isterinya
Puan Norehan menghidap kencing manis. Beliau hilang punca pendapatan dan
bergantung sepenuhnya kepada anak sulung yang kerja kilang untuk menanggung 7
lagi adik-beradik yang masih menuntut di universiti awam dan bersekolah. Beliau
menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan.
Sekitar program sumbangan Ramadan/Syawal
Sekitar program sumbangan Ramadan/Syawal pada Sabtu 2 Julai
2016 di perkampungn Orang Asli di Kg Panchor, Bahau serta komuniti India Muslim
di Masjid Rahmaniah, Bahau oleh Amalnita - Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan yang diketuai oleh Pn Hjh Masita Mohamad Ali, Pengerusi Amalnita
N.Sembilan. Terima kasih kepada para penyumbang serta petugas.
Tuesday, June 21, 2016
PROGRAM HADIAH TELEKONG
Sebanyak 15 set telekung telah diagihkan kepada anak yatim
serta fakir miskin dari PPR Paroi pada 21 Jun 2016.
PROGRAM HADIAH TELEKONG - Untuk diberikan kepada golongan
wanita miskin, ibu tunggal, pelajar susah, mualaf. Satu set telekong RM50.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Pn Masita 0192655059 , Pn
Faridah 0122243696
"Eratkan Ukhuwwah, Tingkatkan Ibadah"
Anjuran : Amalnita - Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)



















