Friday, February 22, 2013
Thursday, February 21, 2013
PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA
PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA
Tarikh : 24 Feb 2013
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pg – 12 tgh
Tempat : Lubok China , Rembau
Aktiviti : Khidmat Kesihatan Percuma
- Pemeriksaan tekanan darah, BMI,
Kandungan gula dalam darah, kaunseling & khidmat nasihat.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr
Izamri bin Med 013-2124086 , AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan.
Sumbangan untuk program ini boleh
disalurkan melalui :
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
Bank : Bank Islam
No Akaun : 05012010047905
Sumbangan juga boleh disalurkan ke
akauan Maybank , No Akaun 155126945930
Friday, February 15, 2013
Projek Amal Tandas Surau di Lubok China, Rembau
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengadakan
Program Khidmat Kesihatan Percuma untuk penduduk di Kg Baru Semin, Lubok China,
Rembau pada Ahad 24 Februari 2013.
Dalam pada masa yang sama juga Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan sedang mengumpul dana untuk membina tandas 4 pintu untuk
Surau Kg Baru Semin. Bangunan surau telah pun digunakan namun tandas masih
belum dibina.
Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan untuk
pembinaan tandas Surau Kg Baru Semin ini bolehlah disalurkan melalui akaun
berikut :
Nama Akaun :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Bank : Bank Islam
No Akaun : 05012010047905
atau boleh hubungi Sdr Rozmal bin Malakan, Timbalan
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di talian 012-2267406
, e-mel rozmal@yahoo.com
Sumbangan juga
boleh disalurkan ke akauan Maybank , No Akaun 155126945930
Wednesday, July 4, 2012
Thursday, June 28, 2012
Forum Menjelang Ramadhan 7 Julai 2012 di Rembau
FORUM PERDANA
Tajuk : Persiapan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 7 Julai 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 955, Kg
Bongek, Rembau (rumah Hjh Rokiyah)
Ahli Panel :
1. Ustaz Mohd Fuad Othman , Pendakwah
2. Ustaz Nazree Yunus , mantan Presiden Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya
3. Ustaz Fairuz Isa , mantan YDP Badan Kebajikan Anak N.Sembilan
Mesir (BAKANS)
4. Moderator : Sdr Sahrizal Masrudin , AJK Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan
Turut diadakan Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pusat
Dakwah Serantau www.pusatdakwahserantau.net
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
PUSAT DAKWAH SERANTAU
Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal
terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri
dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar
yang pakar dalam pengetahuan agama.
Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan
gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.
Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal
Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).
PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30
orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan
selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul
Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.
Wednesday, June 27, 2012

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah
keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja
dakwah di sana.
Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan
Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah
Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
CADANGAN KOMPLEKS PDS
Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang
lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor
yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.
DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS
Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai
sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai.
Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang
saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).
Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk
melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua
bentuk atau menaja seperti berikut:
- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras
dan lain-lain)
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
- Buku dan alat tulis
Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau
melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia
Berhad)
13010002499715
Alamat :
Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji
Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)
Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net
Sunday, June 17, 2012
Sumbangan Ramadhan 1433 H NGO N.Sembilan
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan
mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan 1433 H serta penyerahan
bantuan kepada beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Negeri Sembilan.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan
sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Maklumat lanjut aktiviti Yayasan Amal Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com
Sertai NGO, sumbang bakti kepada masyarakat
Sinar Harian 15 Ogos 2011
SUNGAI LAYANG – Masyarakat berkemampuan diseru menyertai
mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyumbang bakti kepada masyarakat
setempat baik dalam bentuk sumbangan tenaga mahupun kewangan.
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan (YAMNS),
Rozmal Malakan berkata, usaha mereka itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan
beban golongan memerlukan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.
Menurutnya, sepanjang lebih 10 tahun YAMNS ditubuhkan,
pihaknya setiap tahun tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan
kepada golongan memerlukan.
Thursday, January 26, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Kejohanan Futsal Kampung 12 Feb 2012 di Rembau

KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL KAMPUNG DAERAH REMBAU
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka Kg Sungai Layang, Rembau
Yuran : RM 50/pasukan
Hadiah :
Tempat Pertama RM800 + Medal
Tempat Kedua RM500 + Medal
Tempat Ketiga RM300 + Medal
Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :
Syukur 013-2124086
Azman 019-9519544
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/ dengan kerjasama Teratak Amal Rembau
Syarat asas penyertaan :
1. Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap di daerah Rembau
2. Nama kumpulan Futsal mestilah ada kaitan dengan daerah Rembau atau Adat Perpatih
3. Terhad kepada 16 pasukan sahaja yang daftar awal
Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Izamri 013-2124086
Objektif Kejohanan :
1. Menanamkan rasa cinta terhadap kampung halaman
2. Merapatkan ukhuwwah di kalangan belia-belia di kampung
3. Memperatkan kerjasama di kalangan masyarakat
4. Mendedahkan para belia dan masyarakat setempat terhadap kegiatan sukarela

Thursday, December 15, 2011
Program Motivasi Keluarga 24 Dis 2011 di Rembau

BENGKEL MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 2 ptg - 5 ptg
Bersama Pakar Motivasi Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon,
Tempat : Dewan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SMKA Pedas), Pedas, N.Sembilan
Terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah rendah/menengah serta ibu bapa dan penjaga
Yuran penyertaan RM10 seorang
Jika pelajar datang bersama ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga percuma untuk setiap pelajar
Jika ada pelajar yang kurang berkemampuan, pihak penganjur akan cuba mencari menaja.
Untuk tempahan tempat, pertanyaan atau menaja pelajar yang kurang berkemampuan sila hubungi :
Sufian 013-3589328
Pn Wani 013-013-3851202
Hakki 013-3840022
Sahrizal 017-4680125
Shukur 017-3627238
Rozmal 012-2267406
BIODATA PENCERAMAH
Nama : Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Kelulusan : B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah (Master) Kaunselor Islam
Umur : 45 tahun
Keluarga : Beristeri dengan 6 orang anak
Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 12 tahun sebagai guru, mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri
Wednesday, August 17, 2011
Sunday, August 14, 2011
Sertai NGO, sumbang bakti kepada masyarakat
Sertai NGO, sumbang bakti kepada masyarakat
Sinar Harian
15 Ogos 2011
SUNGAI LAYANG – Masyarakat berkemampuan diseru menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat baik dalam bentuk sumbangan tenaga mahupun kewangan.
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan (YAMNS), Rozmal Malakan berkata, usaha mereka itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban golongan memerlukan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.
Menurutnya, sepanjang lebih 10 tahun YAMNS ditubuhkan, pihaknya setiap tahun tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada golongan memerlukan.
“Malah, penyampaian sumbangan pada tahun ini menjadi lebih menarik lagi apabila sebuah persatuan kelab motosikal iaitu Goldwing Owners Association Malaysia (GOAM) dari Lembah Klang bersama-sama menyumbangkan modal bagi diserahkan kepada lebih 100 keluarga di seluruh Rembau bagi meringankan beban golongan memerlukan,” katanya sempena Program Kembara Ukhuwwah Ramadan di Teratak Amal, dekat sini, kelmarin.
Hadir sama, Presiden GOAM, Sulzaily Abdul Hamid dan Penasihat YAMNS, Dr Rosli Yaakub.
Sementara itu, Rozmal berkata, beliau amat berharap agar masyarakat setempat lebih prihatin dengan keadaan penempatan mereka supaya boleh menghulurkan bantuan atau maklumat bagi membantu golongan memerlukan.
“Malah, menjadi lebih menarik lagi sekiranya mereka sama-sama menyertai mana-mana NGO bagi membantu masyarakat setempat sepertimana dilaksanakan kita sejak 10 tahun lalu,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9428556.asp

Friday, August 12, 2011
Kelab motosikal agih sumbangan di Rembau
Rembau 12 Ogos 2011 - Program sumbangan Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada tahun ini telah mendapat sokongan serta kerjasama dari sebuah persatuan kelab motosikal iaitu Goldwing Owners Association Malaysia (GOAM) dari Lembah Klang.
Majlis pelancaran program Kembara Ukhuwwah 1432 Hijrah telah diadakan pada 12 Ogos 2011 di Teratak AMAL, Rembau, Negeri Sembilan. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) telah diwakili oleh Saudara Rozmal bin Malakan selaku Timbalan Pengerusi YAMNS sementara GOAM telah diwakili oleh Presiden GOAM iaitu Tuan Haji Sulzaily bin Abdul Hamid.
Pada hari pelancaran tersebut seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan serta wang tunai yang disampaikan sendiri oleh Presiden GOAM. Dianggarkan sekitar 100 ke 200 keluarga sekitar Rembau akan menerima sumbangan yang akan diagih-agihkan secara berperingkat bermula pada 13 Ogos 2011.
Sehubungan dengan itu mana-mana pihak, persatuan atau individu diberi peluang untuk turut serta memberi sumbangan agar lebih ramai lagi akan dapat bersama diraikan sempena Ramadhan dan Syawal ini bukan sahaja di daerah Rembau malahan di luar Rembau sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930

Tuesday, August 9, 2011
Sumbangan Ramadhan NGO N.Sembilan
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta penyerahan bantuan kepada beberapa keluarga kawasan perumahan rakyat di Senawang pada 18 Ogos 2011.
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930
Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930
Friday, July 22, 2011
Makan Malam Amal Ya Ramadhan 29 Julai 2011 Senawang

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
Bersama :
Azhan Atan - Juara Akademi Nasyid TV9
Radzi - Kumpulan Rock Melissa
Akhwan Affendi – Motivator Gen Y
Tarikh : 29 Julai 2011 , JUMAAT
MAKAN MALAM AMAL
8 mlm - 10 mlm di Restoran Amimies, Taman Matahari Height, Senawang
Kupon RM 50
Hubungi ; 0122832458 Hamizi, Hj Fisol 0193440826, Dzuha 0196651176
PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
10 mlm - 12 tgh mlm di Dataran Senawang
PERCUMA - Semua dijemput hadir
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/
Untuk pembayaran kupon dan sumbangan tunai atau melalui : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Bank Islam 05012010047905 (Seremban)
RADZI (MELISSA) INGIN BERDAKWAH
Utusan Malaysia 1 Mac 2009
Masih ingatkah lagi dengan lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa?
Pertengahan tahun 90-an, lagu itu antara yang berjaya memikat hati pendengar.
Malah populariti kumpulan tersebut juga setanding dengan May, Search, Kiara, Wings, Bumiputera Rockers dan Medicine.
Tapi sayang, hari ini satu persatu kumpulan muzik rock tersebut berpecah dan hilang begitu saja.
Yang tinggal hanyalah Search dan Wings yang masih aktif mengangkat genre muzik yang mereka pegang selama ini.
Selepas sekian lama berlalu, hari ini Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa yang berimej rambut panjang dan berseluar ketat dulu muncul semula.
Kehadirannya mengejutkan. Imejnya kini lebih "alim" berbanding era 90-an lalu selepas bergelar pegawai agama di sebuah masjid di negeri Kedah.
Kali ini dia hadir bukan untuk mengangkat irama rock yang menjadi "makanannya" suatu ketika dulu tetapi berhasrat menyampaikan dakwah menerusi album berkonsepkan ketuhanan.
Jelas Radzi selama 17 tahun menyepikan diri, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selama ini.
Mungkin ada yang akan memandang sinis apabila melihat dia kembali ke dalam industri ini.
Walaubagaimanapun bagi Radzi tidak ada salahnya untuk dia terus berada dalam industri selagi niatnya tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu untuk berdakwah.
"Selama saya bekerja di Kedah memang tidak banyak pendedahan media terhadap diri saya. Saya sendiri tidak merancang untuk membuat comeback sehinggalah saya berjumpa dengan pengurus saya sekarang.
"Terdapat 10 buah lagu dalam album terbaru yang berjudul Penyesalan yang kebanyakannya diciptakan oleh Dr. Nasuha dan Deen Production," kata Radzi
Bagi Radzi, dalam album Penyesalan kebanyakan lagu-lagu yang dimuatkan lebih bercorak ketuhanan dan keagamaan yang lebih dekat pada jiwanya kini.
Pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Radzi yakin peminat dapat menerimanya walaupun bukan sebagai penyanyi rock.
"Pada saya rock itu tidak salah tapi persepsi masyarakat sahaja yang membuatkan genre rock selalunya mendapat pandangan sinis daripada masyarakat.
"Prinsip saya mudah. Lirik ibarat ubat yang pahit. Manakala muzik pula gula-gula. Ia perlu beriringan untuk menjadikannya lebih baik dan mampu diterima oleh orang ramai.
"Saya dapat rasakan yang nyanyian saya lebih mantap memandangkan saya menggunakan teknik nyanyian taranum dan lebih baik daripada nyanyian saya bersama kumpulan Melissa dahulu," jelas anak kelahiran Kedah ini.
Akui Radzi, dia tidak dapat mengelak pandangan negatif orang ramai apabila kembali dengan album baru. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri dan sukar untuk dirinya memuaskan hati semua pihak. - SY MUSSADDAD MAHDI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_23.htm

Tuesday, May 31, 2011
Sekitar Program Hari Kesihatan dan Kempen Derma Darah
Tuesday, May 24, 2011
JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang

HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan
PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah
Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya
Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

Saturday, January 1, 2011
Sekitar Jualan Amal 1 Jan 2011
Monday, December 20, 2010
Sekitar Perkhemahan dan Motivasi Amal 2010
Pada 17 hingga 19 Disember 2010 telah diadakan Perkhemahan & Motivasi Amal 2010 anjuran Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan dan Surau Taman Matahari Heights, Senawang, N.Sembilan
Perkhemahan telah diadakan di Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta-peserta telah dilatih untuk mendirikan Solat Berjemaah Di Surau. Antara pertandingan yang telah diadakan ia-lah Gusti Lengan, Timbang Sepaktakraw, Penebar Roti Canai Terbaik, Kumpulan Uli Roti Terbaik, Amal Race, Kumpulan Nasyid dan Pentomen Terbaik dan Kumpulan Kembara Malam Terbaik.
Program telah dihadiri oleh 30 peserta. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.
1) KUMPULAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH terdiri dari 5 orang di ketuai oleh Muhammad Alif bin Saidin Fitri.
2) KUMPULAN HASSAN AL-BANNA terdiri dari 5 orang diketuai oleh Muhammad Naquiddin bin Mohd Fadzil.
3) KUMPULAN OMAR AL-KHATTAB terdiri dari 6 orang diketuai oleh Abdul Hadi bin Zahari.
4) KUMPULAN SALAHUDDIN AL-AYUBBI terdiri dari 6 orang diketuai oleh Muhammad Sazuan bin Paiman.
Pemenangnya ialah :-
1) Juara Gusti Lengan = Muhammad Alif bin Saidin Fitri
2) Juara Timbang Sepaktakraw (35) = Abdul Hadi bin Zahari
3) Juara Perseorangan Tebar Roti Canai Terbaik = Ahmad Syarifuddin bin Husin
4) Kumpulan Uli Roti Terbaik = Juara Bersama ; Kumpulan Muhammad Al-Fateh dan Kumpulan Salahuddin Al-Ayubbi
5) Juara Amal Race = Juara Bersama ; Kumpulan Muhammad Al-Fateh dan Kumpulan Omar Al-Khatab
6) Nasyid dan Pentomen Terbaik = Kumpulan Hassan Al-Banna
7) Juara Kembara Malam = Kumpulan Omar Al-Khatab.
Saudara Muhammad Sufian Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan telah membuat Perasmian Penutup pada Majlis tersebut pada pukul 2.44 petang , 19hb Disember, 2010 (Ahad).

Subscribe to:
Posts (Atom)