Sunday, February 21, 2016
Tuesday, February 16, 2016
Sunday, February 14, 2016
Perlu sumbangan katil bujang dan kipas
Pakcik Mohamad Nordin 77 tahun di Kg Tok Dagang, Paroi,
Seremban yang mengidap pelbagai penyakit, kencing manis dsbnya, mengharapkan
cucu-cucu serta jiran untuk mengurus diri. Anak perempuannya pula mengidap
sakit buah pinggang yang perlukan rawatan. Keluarga ini bergantung sepenuhnya
bantuan JKM, Baitul Mal dan Perkeso.
Katil dan tilam saiz besar yang digunakan oleh pakcik
Mohamad tidak sesuai, kerana berat untuk mengangkat tilam yang perlu selalu
dibasuh dan dijemur. Untuk memudahkan urusan menjaga pakcik Mohamad, kami
bercadang untuk bila katil saiz bujang, manakala tilam pula akan dibalut dengan
pelapik sarung khas PVC agar mudah untuk dicuci. Pakcik Mohamad juga memerlukan
1 kipas berdiri kerana rumahnya beratap zink yang rendah tanpa siling.
Pakcik Mohamad adalah merupakan abang kepada seniwati Noran
Nordin (arwah) sezaman dengan P.Ramlee.
Mereka yang ingin menyumbang katil/tilam bujang, kipas
berdiri bolehlah hubungi 0122267406 (Rozmal)
Teruskan bantu mereka yang memerlukan
Kepada mereka yang membantu orang susah, orang miskin,
mereka yang memerlukan, hayati dan pelajari maksud ayat Quran di bawah ini.
Roda berputar, sejarah sentiasa berulang.
Surah An-Nuur ayat 22 yang bermaksud "Dan janganlah
orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah
bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum keluarganya ,
orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan-jalan Allah
dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin
bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."
Menurut Al-Sayuti (1986:404) , ayat di atas diturunkan
berikutan perbuatan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a yang terlalu marah terhadap
Mistah kerana menyebarkan cerita fitnah terhadap anaknya Aisyah sehingga beliau
telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang
diberikan kepadanya.
Thursday, February 11, 2016
Bantuan sambung bekalan air yang dipotong
Encik Ramli bin Ahmad dari Kg Jerang, Durian Tipus, Jelebu,
N.Sembilan mengidap sakit asma, kerja kampung, tidak punya pekerjaan tetap.
Beliau mempunyai 4 orang anak, turut tinggal bersama keluarga ini ialah kakak
yang kematian suami yang mempunyai 3 orang anak. Kakak mereka ada mendapat
bantuan JKM. Kini air rumah pusaka yang mereka diami telah dipotong kerana
tunggakan lebih 9 bulan, perlukan RM226.19 untuk penyambungan semula air. Bil
elektrik juga mempunyai tunggakan sebanyak RM85.55 , diberi tempoh hingga 22
Feb 2016 untuk pembayaran. Wakil kami telah menziarahi keluarga ini semalam
serta menghulurkan sumbangan barangan dapur. InsyaAllah hari ini 11 Feb 2016
kami akan berusaha membuat penyambungan air ke rumah keluarga ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)











