Pada 7 Januari 2017 Amalnita N.Sembilan telah menziarahi
serta menyampaikan sumbangan kepada satu keluarga yang begitu istimewa di
Rantau. Keluarga ini tinggal bersama 6 orang adik-beradik iaitu 2 lelaki dan 4
wanita dimana 4 orang dari mereka adalah OKU dan seorang tidak sihat. Keluarga
ini mendapat bantuan Majlis Agama Islam N.Sembilan untuk menampung sebahagian
keperluan bulanan. Perbelanjaan bulanan untuk barang dapur, duit tambang untuk
ke hospital sebulan dua kali mendapatkan rawatan, bil api air serta
perbelanjaan harian ada kalanya dibantu oleh orang kampung, jiran tetangga,
NGO, serta individu lain sekiranya ada. Mereka mendiami rumah pusaka yang kian
uzur dimana bilik air dan tandasnya perlu dibaiki. Kami sedang mendapatkan kos
pembaikan sekiranya ada pihak yang ingin menaja nanti. Keluarga ini tinggal di
Jalan Tuan Hj Salleh, Kampung Belangkan, Kuala Sawah, Rantau.
Sunday, January 8, 2017
Tuesday, January 3, 2017
Sumbangan kembali ke sekolah
Adik Kugapriyaa a/p Sathia Seelan anak kepada Encik M.
Sathia Seelan dari Taman Tiroi, Bt 6 1/2 Jalan Labu, N.Sembilan menerima sumbangan
kelengkapan dan pakaian sekolah daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan. Adik Kugapriyaa belajar di Tahun 2, SJK (T) Ladang Kirby, Labu. Encik
M. Sathia Seelan bekerja sebagai pembantu kedai makan di Seremban 2, manakala
isterinya seorang suri rumah.
Thursday, December 29, 2016
Perlunya perkongsian pintar antara JKM, Baitulmal, NGO
Perlunya perkongsian pintar antara JKM, Baitulmal, NGO serta
agensi lain dalam membantu mereka yang memerlukan dengan mengguna pakai Kaedah
Mengoptimakan Sumber (Resource Optimization) untuk mengelakkan
individu/keluarga yang sama menerima bantuan dari pelbagai pihak dalam masa
yang sama ada individu/keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana
pihak.
Pengoptimum sumber adalah proses pemadanan sumber sedia ada
(manusia, jentera, kewangan) dengan keperluan organisasi untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan dengan penggunaan bajet yang minima dengan perkongsian
sumber.
Wednesday, December 28, 2016
Anda beri kami sampaikan
Puan Hj Masita Mohamed Ali
selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan bersama Muslimat Seremban telah
menyampaikan sumbangan Rak Ansar dan barangan Kembali ke Sekolah kepada
keluarga Nik Ramazan binti Nik Man di Batu 9, Jalan Besar Mantin. Keluarga ini
mempunyai 6 orang anak berumur 17, 14, 12, 12, 11 dan 5 tahun. Suami Puan Nik
iaitu Encik Arnizam bekerja kampung, mereka juga baru memulakan perniagaan
menjual minuman dan mee kari di hadapan rumah. Seterusnya bantuan disalurkan
kepada Puan Mumtaz Mohd Yusuf di Batu 3, Jalan Jelebu yang mempunyai anak di Tahun
3
Tuesday, December 27, 2016
SELIMUT UNTUK ROHINGYA
SELIMUT UNTUK ROHINGYA
Misi Flotilla2 Rakhine - 10 Januari 2017
Penghantaran melalui kapal barang keperluan untuk pelarian
Rohingya di Wilayah Arakan, Myanmar.
Orang ramai yang ingin menyumbang selimut sila hubungi:
Hj Rozmal 0122267406
Pn Masita 0192655059
Khairul Ikhwan 0136350756
Sumbangan untuk membeli selimut boleh disalurkan ke akaun
Bank Islam 05021010035453 , Ihsan Amal.
Anjuran: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan
kerjasama Ihsan Amal
Subscribe to:
Comments (Atom)











