Thursday, November 16, 2017

Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita




Tujuh beradik hilang pergantungan dibantu Amalnita
RUSILAH MD SOM
16 November 2017

SEREMBAN: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah membantu sembilan beradik yang bagaikan hilang pergantungan setelah bapa tiri mereka kurang sihat dan tidak mampu menanggung nafkah.
    
Terdahulu, adik-adik tiri tujuh beradik berusia antara 2 hingga 16 tahun itu kehilangan ibu mereka yang meninggal lima bulan lepas, sedang ayah tiri hanya bekerja sebagai tukang rumah dan pembaik pulih pendingin hawa.
    
Kesempitan itu menyebabkan adik beradik tiri itu terpaksa bergantung kepada pendapatan kakak sulung tiri dan adiknya masing-masing berumur 24 dan 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.
    
Sehubungan itu, Yayasan Amal menerusi Amalnita telah menghulurkan sumbangan untuk keluarga itu serta berusaha memastikan persiapan persekolahan anak-anak tersebut untuk sesi 2018 ketika berziarah mereka di Taman Angsamas, Mambau, di sini semalam.
    
Orang ramai yang prihatin boleh turut serta membantu keluarga ini dengan menghubungi talian 012-226 7406 (Rozmal). - HARAKAHDAILY 16/11/2017

Wednesday, November 8, 2017

Keluarga sembilan beranak perlukan simpati ramai



Keluarga sembilan beranak perlukan simpati ramai - Harakah 10 November 2017


Tuesday, November 7, 2017

Yayasan Amal Malaysia bersama dalam Program Multaqa' NGO Islam




Yayasan Amal Malaysia bersama dalam Program Multaqa' NGO Islam

OLEH: RUSILAH MD SOM
rusilah1960@gmail.com

SEREMBAN, 6 November 2017 - Program Multaqa' NGO Islam Negeri Sembilan telah berlangsung di Klana Resort Hotel di sini semalam. Program yang berlangsung buat kali kedua ini adalah anjuran Bahagian Rundingcara Aqidah Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Aturcara majlis yang disusun bermula jam 9 pagi dan selesai jam 6 petang.

Lebih kurang 13 NGO Islam yang telah menyertai program pada kali ini termasuklah Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Negeri Sembilan. Gabungan NGO Dakwah Islam ini bernaung di bawah nama GANDA yang dipengerusikan oleh Profesor Dr Badlishah Sham Baharin.

Program anjuran Jabatan Mufti itu telah menampilkan tiga orang tokoh iaitu Dr Muhammad Yusry Mazlan, Profesor Dr Badlishah Sham Baharin dan Brother Shah Kirit Kalkulal Govinji.

Ketiga-tiga mereka telah membentangkan tajuk ; Halatuju NGO Islam Dalam Memartabatkan Jabatan Mufti, Gerakerja NGO Islam Dalam Memartabatkan Ummah dan Penyucian Jiwa Dalam Gerkerja Dakwah.

Antara fokus utama penubuhan GANDA ialah membantu misi dakwah Jabatan Mufti. Slot bengkel yang di terajui oleh Setiausaha Agung GANDA, Zamri Vinodh telah mencapai kesepakatan dan telah diterjemahkan dalam tiga resolusi.

Resolusi tersebut ialah; Memperkasakan GANDA sebagai badan yang menyatukan semua NGO dakwah di Negeri Sembilan. Yang kedua ialah membantu Jabatan Mufti untuk menangani masalah murtad dan menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat. Akhirnya ialah bersedia untuk menyumbang kepakaran dan tenaga kepada agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ummah.

Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Memetik antara ucapan beliau, antaranya menyarankan semua agar tidak berpecah-belah kerana perpecahan ini bakal menjadikan orang-orang Islam lemah.

Akhirnya, memetik ucapan Mufti Negeri Sembilan dalam majlis penutup, "Saya mewakili Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih atas komitmen semua (GANDA) untuk bersama Jabatan Mufti dalam menangani pelbagai isu demi untuk memartabatkan Islam di Negeri Sembilan".

Rusilah Md Som dan Hassan Din Ibrahim yang mewakili YAM dalam program tersebut telah menyatakan keazaman untuk komited dalam NGO Islam demi untuk memartabatkan Islam itu berada di tempat tertinggi.


Sunday, November 5, 2017

Sekolah Agama Rakyat Dato’ Abdullah perlukan keprihatinan masyarakat



Sekolah Agama Rakyat Dato’ Abdullah perlukan keprihatinan masyarakat – Harakah 6 November 2017


Ziarah kasih Amalnita Negeri Sembilan di perkampungan Orang Asal



Ziarah kasih Amalnita Negeri Sembilan di perkampungan Orang Asal – Harakah 6 November 2017


Wednesday, November 1, 2017

Ziarah Kasih Amalnita di perkampungan Orang Asal




Ziarah Kasih Amalnita di perkampungan Orang Asal
RUSILAH MD SOM
02 November 2017

JELEBU: Perkumpulan Mawaddah Warahmah Jempol yang berdaftar sebagai NGO Amalnita telah mengadakan program Ziarah Kasih mendekati masyarakat Orang Asal di Kampung Sawah, Air Baning, Kuala Klawang, di sini semalam.
    
Sempena program tersebut, pihak Amalnita telah menghulurkan sumbangan berbentuk set barangan dapur dan juga set pakaian solat wanita kepada keluarga dan kaum muslimah Orang Asal.
    
Ketua Perkumpulan, Bibah Tumin gembira dengan sambutan diberikan di mana seramai 21 muslimah Orang Asal termasuk dua orang yang baru memeluk Islam hadir pada program itu.
    
Beliau yang juga Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan turut ditemani Sukarelawan Amalnita dari kawasan- kawasan lain, di samping kehadiran Pegawai Orang Asal, Pengerusi dan Imam Surau di situ.
    
Jelasnya lagi, program tersebut berlangsung di Surau Al Falah, Kampung Sawah di mana telah menampilkan juga pendakwah, Ustazah Masdiati Aminuddin yang menyampaikan pengisian berkait aqidah.
    
Antara intisari tazkirah disampaikannya, beliau menyeru agar mereka wajib menjaga ibadah solat di samping memberi peringatan agar mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai satu cara hidup.
    
Bibah Tumin berazam untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan seperti ini di kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan.
    
Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal bergerak aktif kini di mana mempunyai ramai sukarelawan dalam kesinambungan kerja-kerja kebajikan.
    
Muslimat yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli sukarelawan Amalnita boleh menghubungi Pengerusi Amalnita Negeri Sembilan, Masita Ali  (019-265 5059) dan Bibah Tumin (019-676 1607). - HARAKAHDAILY 2/11/2017