AMPANGAN 20 Okt 16 - Seorang lelaki warga emas di sini
terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk menyara hidup bersama
isterinya yang uzur. Abdul Rashid Mahmud, 63, melakukan pelbagai kerja, mencari
besi buruk, ambil upah tebang pokok, bersih halaman rumah bagi menampung hidup
bersama isteri, Rofiah Abdul Majid, 56. “Setiap pagi saya keluar cari barang
terbuang, dapatlah RM10 ke RM30, sebelum ini Rofiah bekerja di kedai makanan
namun terpaksa berhenti ekoran masalah sakit tulang belakang setelah kejadian
langgar lari pada 1983. Dia dan isteri bersyukur kerana mempunyai tempat
berteduh di Jln Dato Linggi, tanpa perlu membayar sewa. Walaupun dikurniakan
tiga anak, mereka tidak mahu menjadi beban kerana masing-masing sudah berkeluarga
dan ada tanggungan.“Saya bersyukur kerana banyak pihak yang prihatin, NGO,
individu yang menghulurkan bantuan” ujarnya. Mereka yang ingin membantu warga
emas ini boleh hubunginya di 0166568864
Sunday, October 23, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment