Program Sumbangan Ramadhan – Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan kini menawarkan peluang kepada mereka yang ingin menyumbang untuk
membantu keluarga fakir, miskin, anak yatim serta golongan yang memerlukan
samada dalam bentuk barangan makanan asas atau pun kewangan sempena Ramadhan
1437H. Antara barangan makanan asas yang diperlukan untuk agihan dengan sasaran
1,000 keluarga pada tahun ini ialah beras pek 5kg, minyak masak 3kg, tepung 1kg
serta gula 1kg. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Hj Rozmal 0122267406
atau Pn Hjh Masita 0192655059. "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah". Semoga Ramadhan kali ini dapat membentuk kita menjadi hamba
Allah yang bertaqwa
Sunday, June 5, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment