Pada 12 Jun 2016 wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan, Encik Shapie Zain telah menyampaikan kerusi roda serta sumbangan
Ramadhan kepada Puan Rahimah bte Ishak kerana lumpuh selepas menjalani
pembedahan perut, di Kampung Renal, Ulu Klawang, Jelebu, N.Sembilan. Suami
beliau seorang pemandu lori iaitu Encik Abd Rahman bin Kasim. Mereka mempunyai
3 orang anak, seorang belajar di Sekolah Agama manakala anak yang sulung sudah
bekerja. Anaknya yang kedua terpaksa menangguhkan pengajian di UIA semata-mata
utuk menjaga ibunya yang terlantar. Beliau memerlukan bantuan untuk membeli
keperluan susu pemakanan khas dan beg kantung najis. Dalam pada itu juga
didapati keadaan atap rumah yang didiami banyak yang bocor dan reput. Turut
hadir semasa serahan bantuan ialah wakil JKKK. Mereka yang ingin membantu
keluarga ini sila hubungi Shapie 0126191794 atau Rozmal 0122267406
Sunday, June 12, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment