Sunday, January 28, 2018

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA & "FREE MARKET" pada hari Rabu 31 Januari 2018 dari jam 10 pg ke 1 ptg di Flat Senawang 1, Taman Senawang Jaya. Semua dijemput hadir.

Anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan & Amalnita N.Sembilan.

Mereka yang ingin memberi sumbangan barangan dapur untuk keluarga asnaf fakir miskin sila hubungi Masita 0192655059, Rozmal 0122267406

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank Islam, No akaun 05067010011212


Tuesday, November 21, 2017

Sumbangan peti sejuk



Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan peti sejuk terpakai kepada pasangan suami isteri Norazam dan Liza di PPR Senawang pada 22 November 2017 untuk membantu perniagaan kuih sejuk beku mereka.


Sumbangan barangan dapur di Taman Bandar Senawang



Pada 21 November 2017 Pn Hjh Masita binti Mohamed Ali serta beberapa sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Pn Khairunnisa yang menyewa di Taman Bandar Senawang, mempunyai 5 orang anak berusia 8, 6, 4 tahun, 1 tahun 9 bulan dan 7 bulan. Turut tinggal bersama ibunya berusia 58 tahun dan ayah 65 tahun. Suami Khairunnisa bekerja di syarikat swasta. Ibu Khairunnisa sangat tersentuh dan mengalirkan air mata kerana inilah kali pertama menerima bantuan. Ayah Khairunnisa bekerja mengikut syif sebagai pengawal keselamatan cukup untuk menampung makan.


Sunday, November 19, 2017

Tujuh beradik dibantu Amalnita



Tujuh beradik dibantu Amalnita - Harakah 20 Nov 2017


Pembayaran Sumbangan PIBG untuk pelajar miskin



Pada 17 November 2017 Tn Hj Ishak Hj Omar mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menguruskan pembayaran Sumbangan PIBG, Duit Program Tahun 6 dan Bayaran Percubaan PT3 untuk pelajar-pelajar miskin di SK Nyatoh, Rantau dan SMK Mambau.
 





Thursday, November 16, 2017

Program tukar minyak hitam motosikal



Program tukar minyak hitam motosikal dan mentol lampu motosikal secara percuma anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah berjalan dengan lancarnya di Bengkel Faiz di Kg Batang Nyamor, Rembau pada 16 November 2017. Sebanyak 15 buah motosikal telah mendapat perkhidmatan percuma tersebut. Disamping itu pihak Yayasan Amal juga telah memberi sumbangan 10 tiub tayar, 10 botol minyak hitam, 10 palam pencucuh dan 20 mentol lampu kepada Faiz untuk dia memajukan lagi bengkel motosikalnya. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan membaiki motosikal boleh menghubungi Faiz 0172594869

"Beramal kerana Allah"