Wednesday, May 31, 2017

OPS BANTU JELAI



OPS BANTU JELAI

Susulan ribut yang melanda Felda Jelai 1 - Felda Jelai 4 di N.Sembilan yang melibatkan 100 rumah dan 20 penjaja pada 28 Mei 2017, pelbagai pihak serta agensi telah, sedang dan akan menghulurkan bantuan.

Pihak kami akan mengadakan gotong royong memasang atap sebuah rumah pada hari Jumaat 2 Jun 17 dengan anggaran kos RM4,000.

Juga akan menyampaikan bantuan penjaja sumbangan khemah dan kanvas. 3 khemah x RM200 dan 4 kanvas x RM100

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi:
Nazri Zainal 0199103431, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Hj Rozmal 0122267406, Yayasan Amal
Pn Hjh Masita 0192655059, Amalnita

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank Islam, No akaun 05067010011212

Sumbangan dan ziarah mangsa ribut di Jelai



Pada 4 Ramadan 1438 Amalnita N.Sembilan yang diketuai oleh Pn Hjh Masita binti Mohamed Ali telah menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga mangsa ribut yang melanda kawasan Felda Jelai di Gemas, N.Sembilan pada 2 Ramadan 1438 yang lalu. Lebih kurang 100 rumah yang terjejas dalam kejadian ribut tersebut, sebahagiannya mengalami kerosakan teruk apabila atap diterbangkan angin. Dalam pada itu beberapa agensi telah turun padang untuk menghulurkan bantuan.











Sumbangan dan Ziarah Ramadhan



Pada 30 Mei 2017 Amalnita N.Sembilan menyampaikan sumbangan serta bantuan pembayaran bil hospital kepada ibu muda yang ditinggalkan suami yang baru melahirkan cahaya mata sulung diberi nama Rizqi Ramadhan b Sulaiman. Ibu ini kini menumpang di rumah saudaranya di Kg Dusun Nyior, Ampangan.


Monday, May 29, 2017

CERIAKAN ASNAF RAMADHAN INI

Antara penerima sumbangan ayam segar sejuk beku sempena Ramadhan 1438H. Terima kasih kepada para penyumbang.

CERIAKAN ASNAF RAMADHAN INI dengan sumbangan Ayam Segar sejuk beku cuma RM17.50

Untuk pembelian, tempahan hubungi 0199103431 (Nazri Zainal) atau kunjungi Al Azhar Dlitez, No.15, Tingkat Bawah Bangunan Uda, Bandar Baru Ampangan, 70400 Seremban

Boleh edar sendiri kepada keluarga asnaf, asnaf yang dipilih datang ambil atau wakilkan melalui penganjur

Anjuran: Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan & Al Azhar Dlitez







Monday, May 22, 2017

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN 1438H



PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN 1438H – Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan kini menawarkan peluang kepada mereka yang ingin menyumbang untuk membantu keluarga fakir, miskin, anak yatim serta golongan yang memerlukan samada dalam bentuk barangan makanan asas atau pun kewangan sempena Ramadhan 1438H. Antara barangan makanan asas yang diperlukan untuk agihan dengan sasaran 1,000 keluarga pada tahun ini ialah beras pek 5kg, minyak masak 3kg, tepung 1kg, gula 1kg dll. Anggaran satu pek sumbangan ialah RM30.

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi:
Hj Rozmal 0122267406, Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Pn Hjh Masita 0192655059, Amalnita N.Sembilan
Khairul Ikhwan 0136350756, Ihsan Amal

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank Islam, No akaun 05067010011212