Monday, May 30, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan 1437H



Selamat Menyambut Ramadhan 1437H daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan & Amalnita N.Sembilan


Sunday, May 29, 2016

Agihan Nasi Beriani Amal



Nasi Beriani Amal ini telah menceriakan warga miskin, warga emas sekitar Kg Nerasau, Mampung, Perigi Jernih dan Seberang Batu Hampar, Rembau yang diedarkan pada 28 Mei 2016. Keuntungan hasil jualan Nasi Beriani Amal ini pula disalurkan ke Rumah Anak Yatim, Kundur. Terima kasih kepada para penyumbang.

JUALAN AMAL NASI BERIANI/BUNGKUSAN KURMA

Nasi beriani atau bungkusan kurma akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim serta keluarga miskin sekitar N.Sembilan oleh pihak penganjur sehingga 5 Julai 2016/30 Ramadhan 1437.

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Darul Khusus (PEYAKIN) dengan kerjasama Al Fateh Ex Net Paroi serta Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun PEYAKIN, CIMB 8601033074.

Hubungi : Omar 0196955959 , Khairil 0166669703 , Rozmal 0122267406





Tuesday, May 24, 2016

Program Sumbangan Kurma Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan



Program Sumbangan Kurma Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan untuk diedarkan ke Masjid, Surau, Sekolah Tahfiz, Madrasah, Keluarga Miskin sekitar N.Sembilan. Cuma RM10/balang. Sila hubungi Rozmal 0122267406 , Pn Hjh Masita 0192655059


Monday, May 23, 2016

Hadiah burger untuk penghuni di Rumah Anak Yatim



Sesiapa yang berhajat memberi jamuan burger untuk penghuni di Rumah Anak Yatim Peyakin di Taman Desa Permai, Kundur, Rembau bolehlah tempah dengan menghubungi Sdr Zaidy 01129770003 (melalui whatsapp sahaja, yg bertongkat dlm gambar). Terdapat 34 orang penghuni di Rumah Anak Yatim ini, manakala kos burger ialah RM2/bungkus. Penghantaran percuma.


Tuesday, May 17, 2016

Warga emas merayu bantu baiki atap rumah yang bocor teruk


Makcik Bedah, 70 tahun dari Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban adalah merupakan golongan asnaf dan ada menerima bantuan zakat, Baitul Mal. Rumah Makcik Bedah bocor teruk atapnya satu rumah. Musim hujan sekarang ini adalah amat perit untuk beliau. Kos membaiki atap dan kayu atapnya ialah sekitar RM10,000. Mereka yang ingin sama-sama bantu seorang sedikit untuk menukar atap Makcik Bedah sila hubungi 0122267406 Rozmal.










Thursday, May 12, 2016

Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan raikan jururawat



Sempena Hari Jururawat pada 12 Mei 2016, Amalnita - Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan telah meraikan para jururawat di Klinik Kesihatan Kota, Rembau. Pn Masita Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan telah menyampaikan cenderahati kepada para jururawat di klinik tersebut. Turut hadir ialah Sdr Izamri Med selaku Pegawai Khas Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan. Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan kalian dalam memastikan mutu perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.