Thursday, October 27, 2016

Sumbangan untuk banduan beragama Islam diperlukan



Sumbangan untuk banduan beragama Islam diperlukan. Pihak kami sedang mengumpul barangan di bawah ini untuk kegunaan kelas agama banduan di penjara :
1. Al Quran beserta terjemahan Bahasa Melayu/Inggeris , 10 naskhah tiap satu.
2. Buku panduan solat Bahasa Melayu/Inggeris
3. Bahan bacaan ilmiah Bahasa Melayu/Inggeris
4. VCD kuliah agama Bahasa Melayu/Inggeris.

Bahan yang hendak disumbangkan boleh yang baru atau terpakai yang masih elok. Mendapat kelulusan KDN serta bukan cetak rompak. Sumbangan tunai tidak diterima. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Hj Rozmal 0122267406 atau Sdr Nazri Zainal 0199103431

 


Sunday, October 23, 2016

Sara isteri tercinta, warga emas buat pelbagai kerja



AMPANGAN 20 Okt 16 - Seorang lelaki warga emas di sini terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk menyara hidup bersama isterinya yang uzur. Abdul Rashid Mahmud, 63, melakukan pelbagai kerja, mencari besi buruk, ambil upah tebang pokok, bersih halaman rumah bagi menampung hidup bersama isteri, Rofiah Abdul Majid, 56. “Setiap pagi saya keluar cari barang terbuang, dapatlah RM10 ke RM30, sebelum ini Rofiah bekerja di kedai makanan namun terpaksa berhenti ekoran masalah sakit tulang belakang setelah kejadian langgar lari pada 1983. Dia dan isteri bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh di Jln Dato Linggi, tanpa perlu membayar sewa. Walaupun dikurniakan tiga anak, mereka tidak mahu menjadi beban kerana masing-masing sudah berkeluarga dan ada tanggungan.“Saya bersyukur kerana banyak pihak yang prihatin, NGO, individu yang menghulurkan bantuan” ujarnya. Mereka yang ingin membantu warga emas ini boleh hubunginya di 0166568864 



Wednesday, October 19, 2016

Pengumpulan Pakaian Seragam, Beg, Kasut, Perlatan Sekolah



Pengumpulan Pakaian Seragam, Beg, Kasut, Perlatan Sekolah

Pihak kami sedang mengumpul pakaian seragam, beg, tudung putih, songkok hitam, kasut, peralatan sekolah menengah/rendah samada yang baru atau pun yang terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih untuk diagihkan kepada pelajar miskin untuk sesi persekolahan 2017 nanti. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan pakaian seragam, beg, tudung putih, songkok hitam, kasut, peralatan sekolah menengah/rendah samada yang baru atau pun yang terpakai yang masih dalam keadaan baik serta bersih sila hubungi Pn Masita 0192655059 atau Pn Rusilah 0193572101  atau boleh hantar terus ke No 93, Jalan TTJ 3/9, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sg Gadut, Negeri Sembilan


Sunday, October 16, 2016

Dapatkan Kopi & Koko K-Ummah



Dapatkan Kopi & Koko K-Ummah. Cuma RM25 tiap kotak mengandungi 15sachet x 25gm. Untuk pembelian di Rembau, Paroi, Senawang hubungi Pn Masita 0192655059 , Tn Hj Syed Suhaimi 0192650805 . BESTOP - BEli Sambil TOlong untuk Program kebajikan


Kerja menukar atap rumah warga emas



Kerja menukar atap rumah warga emas di Kg Chenong, Chengkau Rembau. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.

Sebelum ini mereka tinggal di bahagian dapur. Atap zink semua perlu tukar, manakala kayu ganti yg rosak sahaja.

Atap zink 12', 65 kpg RM2340 SUDAH DITAJA
Atap zink 10', 12 kpg RM360 SUDAH DITAJA
Perabung 8' X 12", 5 kpg RM125 SUDAH DITAJA
Kayu 6"X10', 5 btg RM475 SUDAH DITAJA
Kayu 2"X3"X10', 15 btg RM210 SUDAH DITAJA
Kayu 2"X3"X10', 8 btg RM160 SUDAH DITAJA
Paku 2", 2" 1/4 RM16 SUDAH DITAJA
Upah RM1500, SUDAH DITAJA RM1000

JUMLAH RM 5,186

Mereka yang ingin menaja selepas ini pihak kami akan cari rumah daif keluarga miskin lain untuk dibaiki.








Beramal kerana Allah