Sunday, October 23, 2016

Sara isteri tercinta, warga emas buat pelbagai kerja



AMPANGAN 20 Okt 16 - Seorang lelaki warga emas di sini terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk menyara hidup bersama isterinya yang uzur. Abdul Rashid Mahmud, 63, melakukan pelbagai kerja, mencari besi buruk, ambil upah tebang pokok, bersih halaman rumah bagi menampung hidup bersama isteri, Rofiah Abdul Majid, 56. “Setiap pagi saya keluar cari barang terbuang, dapatlah RM10 ke RM30, sebelum ini Rofiah bekerja di kedai makanan namun terpaksa berhenti ekoran masalah sakit tulang belakang setelah kejadian langgar lari pada 1983. Dia dan isteri bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh di Jln Dato Linggi, tanpa perlu membayar sewa. Walaupun dikurniakan tiga anak, mereka tidak mahu menjadi beban kerana masing-masing sudah berkeluarga dan ada tanggungan.“Saya bersyukur kerana banyak pihak yang prihatin, NGO, individu yang menghulurkan bantuan” ujarnya. Mereka yang ingin membantu warga emas ini boleh hubunginya di 0166568864 



No comments: