Wednesday, December 23, 2015

Amal jariah dua sahabat





Sinar Harian 23 Disember 2015 REMBAU - “Tak perlu bayar... ada minat, kesungguhan dan kesabaran, kami sanggup mengajar secara percuma mana-mana individu yang nak menjadi tukang gunting rambut,” kata Razali Mohd Nor, 47, ketika ditemui Sinar Harian di An-Nur BarberShop, di sini, semalam.

Razali dan sahabatnya, Ramli Yusuf, 48, mula menjadi rakan kongsi kedai gunting rambut yang beroperasi di dalam kabin yang telah diubah suai di perkarangan Masjid Jamek An Nur Rembau sejak 11 November lalu.

Menurut Razali, selain ingin melakukan amal jariah, dia juga menganggap usahanya itu bagi mengikut jejak langkah bekas gurunya yang digelar sebagai Tuan Winda kerana telah mengajar kemahiran menggunting rambut secara percuma kepadanya.

Menurutnya, walaupun menawarkan pembelajaran secara percuma, tidak ramai yang benar-benar berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar menggunting rambut kerana bidang berkenaan memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi.

Razali berkata, semasa mengikuti kursus di GiatMara, dia pernah membentangkan cadangan untuk memiliki sebuah bas yang diubah suai di dalamnya untuk menawarkan khidmat gunting rambut di lokasi tumpuan orang ramai.

Latih OKU gunting rambut

“Kini, saya dan Ramli menawarkan khidmat ajar gunting rambut percuma di Rembau pula dan setakat ini sudah ada empat individu yang berminat untuk belajar dengan kami termasuk Ahmad Dhaiffullah Yusoh, 23, yang merupakan OKU pekak dan bisu sejak dari kecil lagi.

Sejak tiga minggu lalu, dua sahabat berkenaan mengajar Ahmad kemahiran menggunting rambut di kedai mereka, Ahmad mendapat elaun sebanyak RM180 sebulan daripada Yayasan Amal Malaysia.

Razali berkata, terdapat perbezaan dalam kaedah mengajar di mana mereka menggunakan teknik lakaran dan menulis di atas kertas sekiranya ingin mengajar Ahmad.

Menurutnya, bagi pelanggan yang hanya ingin menipiskan rambut tanpa terikat mana-mana fesyen terbaru, Ahmad mampu menyempurnakan tugas berkenaan dengan baik.

“Selama tiga minggu ini, sudah tiga orang Ahmad gunting rambut tapi biasalah bila kita perkenalkan kepada orang, orang pun macam kurang yakin.  Namun, kita bagi jaminan akan memantau pergerakan tangan Ahmad semasa menggunting rambut,” katanya.

Pusat Pemulihan Penagih Judi



Ini kes kedua mereka yang saya tidak kenali sebelum ini menghubungi saya minta bantuan bagaimana untuk menghilangkan ketagihan judi. Mereka ini memang ingin bebas dari judi, tapi tiada tempat untuk mengadu. Kes kedua yang paling kritikal. Setelah berwhatsapp panjang dia buat pilihan sendiri untuk tinggalkan dunia dia, dan mengaji pondok sepenuh masa.

Saya sedang mencari penaja untuk anak muda ini mengaji pondok, kerana orang lain sisihkan dia. Kepada mereka yang ingin mengambil anak muda ini sebagai anak angkat atau adik angkat untuk ditempatkan di pondok sila hubungi 0122267406, Hj Rozmal bin Malakan

Tuesday, December 15, 2015

Sumbangan Mangsa Banjir



Pegawai Khas Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Sdr Izamri bin Med menyampaikan sumbangan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Lubok China, Melaka pada 14 Disember 2015 


Sekitar Pasar Percuma



Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Hj Rozmal bin Malakan menyampaikan sumbangan bersama Tn Hj Mohamad Hasan Tamby sempena program "Pasar Percuma" di PPR Paroi pada 12 Disember 2015





Sunday, December 13, 2015

Sumbangan anda diperlukan untuk mangsa perang Syria



Sumbangan anda diperlukan untuk mangsa perang Syria yang terpaksa melarikan diri bersama keluarga dan anak anak kecil ke Kepulauan Greece. Yayasan Amal Malaysia akan mengirim bantuan Kewangan bagi menyediakan baju sejuk, makanan bayi, lampin serta keperluan asas kepada mereka yang akan menempuhi musim sejuk.

Program ini adalah anjuran bersama SMILES Community dan Amal Malaysia.

Kepada yang telah menyumbang diucapkan jutaan terima kasih. Sumbangan Bantuan masih dibuka. Sila salurkan ke akaun MAYBANK 5530-1060-6605, atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan.


Program melatih pelajar lepasan Pusat Dakwah Serantau, dalam bidang pembuatan



Program melatih pelajar lepasan Pusat Dakwah Serantau, dalam bidang pembuatan. batu blok, bagi projek rumah mualaf, asnaf dan surau.

Terima kasih kepada Persatuan Kakitangan Islam Maybank.

Sumbangan anda diperlukan. Sila salurkan kepada YAYASAN AMAL MALAYSIA, akaun no 5530-1012-2090. Maklumat lanjut boleh hubungi Tn Hj. Jamuliddin Bin Elias.