Wednesday, June 21, 2017

Ziarah Ramadan Balai Polis dan Balai Bomba Senawang



Rombongan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Amalnita N.Sembilan serta Khidmat Malaysia N.Sembilan pada 21 Jun 2017 telah mengadakan sesi ziarah serta menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota di Balai Polis Senawang dan Balai Bomba Senawang. Yayasan Amal di wakili oleh Sdr Khairul Ikhwan Azami, Amalnita diketuai oleh Pn Hjh Masita manakala Tn Hj Hassan Tamby mengetuai Khidmat Malaysia. Sesi ziarah ini adalah sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota polis serta bomba terutamanya mereka bertugas ketika musim perayaan. Semoga lebih ramai masyarakat, wakil perkumpulan serta persatuan meraikan anggota polis dan bomba di sekeliling kita.








Tuesday, June 20, 2017

Sekitar program Tautan Ukhuwah Ramadhan di Perkampungan Orang Asli, Kg Batu Peti Rompin, Bahau



Sekitar program Tautan Ukhuwah Ramadhan bersama Amalnita N.Sembilan pada 20 Jun 2017 di Perkampungan Orang Asli, Kg Batu Peti Rompin, Bahau di Parlimen Jempol. Sebanyak 22 keluarga diraikan dalam suasana santai, penuh mahabbah dan mesra. Antara yang hadir ialah Al Fadhil Ustaz Hj Mustafa Daharun, Pn Hjh Bibah bt Tumin selaku Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan serta Pn Hjh Masita binti Mohamed Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan.

BERAMAL KERANA ALLAH












Sunday, June 18, 2017

Sekitar program isi minyak motosikal percuma di pekan Rembau



Sekitar program isi minyak motosikal percuma di stesen minyak Petronas pekan Rembau pada Ahad 18 Jun 2017 anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Ihsan Amal dan Khidmat Malaysia N.Sembilan. Sebanyak 124 buah motosikal telah menerima sumbangan isi minyak motosikal percuma ini. Antara yang hadir membantu ialah Sdr Azmil dari Yayasan Amal, Sdr Khairul Ikhwan Azami dari Ihsan Amal dan juga Tn Hj Mohamad Hassan bin Tamby dari Khidmat Malaysia. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu serta para petugas juga pihak pengurusan stesen minyak.










Wednesday, June 14, 2017

Ribut yang melanda Taman Senawang Jaya



Sebanyak 4 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Taman Senawang Jaya pada Rabu 14 Jun 2017. Pihak kami sedang berusaha membantu membaiki atap rumah mangsa ribut ini secepat mungkin.

Untuk sumbangan sila hubungi:
Hj Hassan 0192171942, Khidmat Malaysia N9
Hj Rozmal 0122267406, Yayasan Amal Malaysia Cawangan N9
Pn Hjh Masita 0192655059, Amalnita N9

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank Islam, No akaun 05067010011212





Bantuan penyambungan elektrik



Akhirnya rumah Enzik Sazaki sekeluarga yang menyewa di Taman Pinggiran Senawang dapat disambung semula bekalan elektrik selepas hampir setahun tanpa bekalan elektrik kerana tunggakan elektrik sebanyak RM646.12 serta kos pemasangan semula sebanyak RM263.18 . Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu keluarga ini terutamanya pihak TNB, Baitulmal serta Jawatankuasa Surau dan Penduduk juga para penyumbang