Sabtu 3 Jun 2017 - Khidmat Malaysia N.Sembilan yang diketuai
oleh Pengerusinya Hj Mohamad Hassan bin Tamby dan Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan yang diketuai oleh Pengerusinya Sdr Nazri Zainal hari ini
turun melawat serta menghulurkan bantuan kepada mangsa ribut di Felda Jelai 4,
Gemas, N.Sembilan. Antara yang terlibat ialah keluarga ini di Blok 15. Kerja
pembaikan atap yang rosak akan dimulakan hari ini, begitu juga bantuan khemah
dan kanvas akan diserahkan kepada para penjaja Bazar Ramadan yang turut
terjejas. Disebabkan sumber kewangan yang amat terhad hanya beberapa keluarga
sahaja dapat dibantu buat masa ini.
Mereka yang ingin membantu mangsa-mangsa ribut di Felda
Jelai ini sila hubungi:
Hj Hassan 0192171942, Pengerusi Khidmat Malaysia N9
Nazri Zainal 0199103431, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N9
Hj Rozmal 0122267406, Pengerusi Lajnah Kebajikan N9
Pn Hjh Masita 0192655059, Pengerusi Amalnita N9
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank
Islam, No akaun 05067010011212
No comments:
Post a Comment