Wednesday, May 3, 2017

Abang bomba terjun sungai selamatkan nyawa



Abang bomba terjun sungai selamatkan nyawa
Khamis, 4 Mei 2017 @ 10:16 AM


Kuala Pilah: Kecekapan anggota bomba menyelamatkan dua wanita terperangkap di dalam kereta yang dihanyutkan ke sungai akibat banjir kilat di Kampung Ulu Bendol, di sini, pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian jam 4.40 pagi itu, pasukan bomba berada di lokasi bagi membantu mangsa banjir di kampung berkenaan selepas menerima maklumat.

"Dua wanita yang menaiki Nissan Sentra melalui jalan Seremban-Kuala Pilah dan terperangkap dalam banjir sebaik tiba di lokasi sebelum kereta mereka dihanyutkan arus ke anak sungai berhampiran.

"Anggota bomba yang menyedari kejadian terpaksa terjun ke anak sungai berkenaan bagi menyelamatkan mangsa dan berjaya mengeluarkan mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, di sini, untuk rawatan.

Selain itu, katanya, bomba turut mengeluarkan enam mangsa termasuk dua kanak-kanak serta seorang orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap di dalam rumah kerana kawasan itu dinaiki air.

Beliau berkata, sehingga kini, bomba masih menjalankan kerja pemantauan di lokasi kejadian dan air semakin surut.

No comments: