PERSATUAN KEBAJIKAN SAHABAT INSANI MALAYSIA (No. Pendaftaran
5526-11-NSE) - Pusat Pengajian Islam Golongan Berkeperluan Khas - Masalah
Pendengaran, Penglihatan Dan Pembelajaran
Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia ditubuhkan
dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah
dalam kalangan golongan kelainan upaya (masalah pendengaran, masalah
penglihatan dan masalah pembelajaran) sebagai fokus utama.
Antara matlamat penubuhan persatuan dan aktiviti-aktiviti
yang dirancang adalah berdasarkan rasional berikut :
i. Golongan bermasalah pendengaran amat lemah dalam
penguasaan asas agama ; pengetahuan akidah dan ibadah yang amat lemah ( tidak
mengetahui kalimah syahadah, tidak mengetahui Allah dan keesaanNya, tidak
mengetahui asas kewajipan dan sah solat serta puasa, persoalan bersuci termasuk
wuduk, mandi wajib dan najis serta batasan aurat)
ii. Golongan bermasalah penglihatan amat lemah dalam
penguasaan bacaan al-Quran
iii. Kekurangan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah
yang mampu mengajar dan tempat untuk mereka mendalami agama. Golongan ini hanya
berpeluang mempelajari agama melalui pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
rendah dan menengah yang telah dimaklumi batas waktu yang terhad dengan
pelbagai kekangan. Selepas tamat persekolahan, peluang untuk mendalami agama
hampir tertutup disebabkan tiada tempat belajar. Ketiadaan kelas pengajian awam
dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar mereka disebabkan tidak mempunyai
kemahiran untuk berkomunikasi terhadap golongan masalah pendengaran (mengetahui
bahasa isyarat) dan kekurangan prasarana yang membantu untuk golongan masalah
penglihatan.
iv. Tiada pusat pengajian lanjutan selepas alam persekolahan
bagi golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan untuk mendalami agama
v. Tumpuan pihak-pihak yang terlibat dengan OKU hanya
memberi penekanan aspek kemahiran hidup sahaja
vi. Persatuan ini berusaha untuk mengurangkan golongan buta
asas agama dalam kalangan OKU
vii. Amat kurang organisasi-organisasi Islam dan NGO-NGO
Islam memberi tumpuan terhadap pendidikan Islam dan dakwah terhadap golongan
minoriti yang terdiri daripada golongan OKU
Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos
pembinaan Kompleks Pendidikan Sahabat Insani (KPSI) ini, Sahabat Insani
Malaysia merayu dan memohon mana-mana pihak yang sudi tampil membantu Sahabat
Insani Malaysia dengan apa jua bentuk bantuan sekalipun.
Tapak Pusat Pendidikan Sahabat Insani terletak di Lot No.
11995, Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan.
Persatuan ini bergerak tanpa mendapat dana daripada
mana-mana agensi amat berharap kepada sumbangan daripada dermawan bagi
membiayai dan merealisasikan hasrat murni ini.
Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank:
No. Akaun: 12300000574100
Bank: CIMB Islamik Bank Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Atas nama: Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Sahabat
Insani
Untuk maklumat lanjut sila layari :
Facebook : Sahabat Insani Malaysia
Alamat :
No. 76, Jalan DK 3/7,
Desa Kasia, 71800 Putra Nilai,
Negeri Sembilan
No. Telefon: 019-6562151