Laporan semasa projek bantu baiki laptop/PC pelajar miskin.
Projek ini bermula awal Februari 2016. Sehingga akhir Mac 2016 seramai 8 orang
pelajar miskin yang perlukan sumbangan untuk membaiki laptop/PC mereka telah
dibantu hasil sumbangan orang ramai serta rakan-rakan FB semua. Pelajar yang
dibantu tersebut ialah seorang pelajar Kolej Vokasional, seorang pelajar UPSI,
seorang pelajar Politeknik, 4 orang pelajar UITM dan seorang pelajar Tingkatan
6 yang melibatkan kos berjumlah RM2,896.00. Pelajar ini dipilih setelah dibuat
tapisan, kerana ada yang kami fikirkan tidak layak untuk mendapat bantuan
kerana keluarga mereka berkemampuan. Terima kasih sekali lagi kepada mereka
yang telah membantu pelajar-pelajar ini. Program ini akan diteruskan selagi ada
keperluan serta ada penyumbang.
Tuesday, March 29, 2016
Thursday, March 24, 2016
Monday, March 21, 2016
Tadah air hujan dengan besen
Tadah air hujan dengan besen
22 Mac 2016
KUALA PILAH – “Bila hujan je, besen dan kain diletakkan
merata-rata tempat untuk takung air,” kata penghuni rumah pusaka lebih 100
tahun, di Kampung Bemban, Faudziah Mohd Sharif, 54.
Faudziah berkata, rumah pusaka itu pernah diganti bumbungnya
pada tahun 1962 semasa ibu bapanya masih hidup.
Namun, setelah pemergian mereka, kata Faudziah, rumah itu
kini dijaga mereka enam beradik.
“Saya anak bongsu, masih bujang, manakala kesemua kakak
telah mendirikan rumah tangga dan telah berpindah ke tempat lain.
“Tapi mereka selalu pulang kerana bimbangkan keselamatan
saya yang tinggal seorang diri. Kami enam beradik memang telah berbincang untuk
membaik pulih bumbung, namun kosnya terlalu mahal.
“Kami tak mampu dan hanya berharap bantuan daripada pihak
berkaitan,” katanya yang menghidapi diabetes dan tidak bekerja.
Menurutnya, keadaan bumbung rumah itu semakin usang dan
terlalu banyak kebocoran, sekali gus perlu diganti.
“Saya tiada pilihan lain kerana ini sajalah tempat tinggal
yang ada untuk berteduh.
“Kayu-kayu dinding yang ada juga perlu diganti kerana dah
mula reput dimakan anai-anai,” katanya.
Tambah Faudziah, dia mula menetap di kampung itu selepas
berhenti kerja di Seremban pada 2012.
“Saya dah berusia dan tak larat bekerja. Jadi, saya ambil
keputusan pulang ke kampung halaman dan memelihara rumah pusaka ni.
“Permohonan baik pulih bumbung telah dimohon terlebih awal
kepada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) pada 2008. Pihak
terbabit ada datang lihat rumah pada 2009, namun waktu tu saya tiada di rumah
kerana bekerja di Seremban.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Bemban, Ibrahim Taeh ketika
dihubungi berkata, permohonan Faudziah telah dimasukkan dalam senarai bantuan
baik pulih bumbung pada tahun lalu.
“Seramai 10 penduduk Kampung Bemban termasuk Faudziah telah
terpilih untuk menerima bantuan itu.
“Bagaimanapun, bantuan yang disalurkan Felda itu dikatakan
masih belum ada peruntukan. Jadi, saya harap pemohon bersabar sementara
menunggu peruntukan,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)