Sunday, July 31, 2016

Warga emas penoreh getah dengan 10 orang tanggungan



Warga emas Pakcik Dollah Ibrahim, 65 tahun dari No. C436, Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan masih lagi bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan cuma antara RM15 ke RM25 sehari demi untuk menyara 10 orang tanggungan iaitu seorang isteri, 1 orang anak OKU, 1 orang anak perempuan, 6 orang cucu dan seorang cucu OKU walaupun Pakcik Dollah sendiri ada sakit jantung, asma serta kencing manis.

2 orang cucunya adalah merupakan anak yatim yang lain cucunya ditinggal ayah. Keluarga ini menerima bantuan JKM RM140/bulan, Baitulmal RM200/bulan serta bantuan sekolah tahunan juga bantuan pampers & susu bulanan dari JKM. Namun ianya tidak mencukupi dengan tanggunan yang ramai.

Rumah yang didiami mereka amat usang dindingnya hampir roboh, atapnya bocor, pendawaian elektrik banyak yang rosak. Pernah mendapat bantuan dari Felda untuk baiki atap satu ketika dulu kemudian rosak semula setelah dimamah usia.

3 orang cucunya bersekolah dengan beg yang usang serta koyak. Cucunya yang OKU, Pakcik Dollah hantarkan ke sekolah. Dua lagi cucu yang sekolah rendah berjalan kaki sekitar 2 km untuk ke sekolah.

Antara bantuan yang orang ramai boleh bantu untuk keluarga ini ialah barangan makanan, beg sekolah, basikal serta membaiki rumah.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi 0122267406 Rozmal atau terus hantar ke kediaman mereka.

26 Syawal 1437







Monday, July 25, 2016

Pek Makanan Asas Kecemasan Untuk Fakir Miskin



Pek Makanan Asas Kecemasan Untuk Fakir Miskin. Cuma RM30, mengandungi, Beras 5kg, Minyak masak botol kecil, Tepung 1kg, Sardin 2 tin kecil, Biskut dlm tin. Untuk sumbangan sila hubungi 0122267406 Rozmal


Tuesday, July 19, 2016

Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa



Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa dari SK Paroi, Seremban yang sebelum ini perlukan bantuan beli cermin mata kerana mengalami masalah rabun teruk. Abangnya pelajar OKU di SK Tmn Paroi Jaya. Emak mereka merupakan ibu tunggal, dulu kerja pembersihan di masjid tapi sekarang tidak dapat bekerja sejak lutut dibedah. Keluarga ini tinggal di PPR Paroi, mendapat bantuan JKM RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Terima kasih kepada individu yang telah memberi sumbangan untuk membantu keluarga ini.


Sunday, July 3, 2016

Ziarah Kasih Ramadan



Ziarah Kasih Ramadan, Sabtu 2 Julai 2016 di DUN Chennah, Jelebu, N.Sembilan, pasukan kami yang diketuai oleh Sdr Shapie Zain telah menziarahi serta menghulurkan sumbangan untuk Encik Razali Othman, yang diserang angin ahmar kali yang kedua dan menambah kesedihan lagi peha kanan beliau patah kerana terjatuh ketika hendak ke bilik air. Manakala isterinya Puan Norehan menghidap kencing manis. Beliau hilang punca pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada anak sulung yang kerja kilang untuk menanggung 7 lagi adik-beradik yang masih menuntut di universiti awam dan bersekolah. Beliau menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan.


Penyampaian set telekung serta sumbangan Ramadan



Penyampaian set telekung serta sumbangan Ramadan oleh Amalnita - Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan kepada warga asnaf di Surau Blok M, PPR Senawang, Taman Jasmin pada Ahad 3 Julai 2016. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan.