Tuesday, April 26, 2016

Projek Baiki Rumah Keluarga Miskin



Pada 21 Mac 2016 yang lalu disiarkan berita Encik Mohd Asmawi serta isteri dan 4 orang anak mereka dari Kg Rambai Baris, Ulu Klawang, Jelebu N.Sembilan tinggal di rumah pusaka yang amat usang. Mereka menumpang tandas serta bilik mandi di rumah berhampiran. Keseluruhan bumbung bocor serta mereput, tidak mampu membaiki atap apatah lagi untuk membina bilik mandi serta tandas yang memerlukan kos RM10,000.

Pada 21 April 2016 hasil sumbangan orang ramai dan agensi telah dimulakan kerja menukar atap, membina bilik mandi/tandas. Kerja-kerja menukar atap dan membuat bilik mandi/tandas telah hampir siap pada 25 April 2016.

Terima kasih kepada para penyumbang dan mereka yang membantu keluarga ini khususnya Lt (B) Shapie bin Zain, Penyelia DUN Klawang dan Ketua Kampung, Encik Abd Jalil bin Johari.

"Beramal kerana Allah"












Sunday, April 17, 2016

Ceramah Ustaz Misbahul Munir Masduki



Ceramah Ustaz Misbahul Munir Masduki, Mudir Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia pd Sabtu 23 April 2016 jam 8 mlm di Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang. Semua dijemput hadir


JOM SANTAI




JOM SANTAI
Lokasi : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang
Tarikh : 23 April 2016, Sabtu
Masa : 9 pagi - 9 mlm

Semua dijemput hadir

Pelbagai program SEMUANYA PERCUMA serta HADIAH menarik menanti

PERTANDINGAN REKACIPTA MODEL ROBOT
(9 pg - 11pg)
Untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah, lepasan SPM
Rekacipta model robot dari bahan kitar semula seperti botol plastik, kotak, kertas dll.
Sila bawa sendiri alat-alat kerja dan barang kitar semula

PERTANDINGAN MEWARNA (9 pg -11pg)
Untuk murid tadika, pra & sekolah rendah
Sila bawa alat mewarna

PENGENALAN TEKNIK MEMBACA AL-QURAN KAEDAH AL-BADAR (11.15 pg - 1 tgh)
Terbuka kpd semua peringkat umur

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA (9.30 pg - 12.30 tgh)
Untuk ibubapa, belia, golongan veteran

JOM KENALI & RASAI MEMANAH (3 ptg - 6 ptg)
Teori & Praktikal
Terhad utk 30 org
Sila daftar nama peserta di meja urusetia pada jam 9.30 pg 23 April'16.

DISKUSI ILMIAH (CERAMAH PERDANA)
DAKWAH DENGAN CINTA
(8 mlm - 9.30 mlm)
Oleh Ustaz Misbahul,
Pengetua Pusat Dakwah Serantau, Bangi

Hubungi urusetia untuk pertanyaan
016-666 9703 (Khairil)
013-222 7306 (Ustaz Faizal)
013-304 0872 (Kadir)
019-265 5059 (Puan Masita)

Program Ziarah dan Agihan Sumbangan untuk keluarga miskin



Program Ziarah dan Agihan Sumbangan untuk keluarga miskin, warga emas, golongan uzur sekitar Senawang pada Selasa 19 April 2016 jam 5 ptg.
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dgn kerjasama Skuad Siti Khadijah