Harian Metro 28 Mac 2017
Monday, March 27, 2017
Membaiki rumah warga emas
Kerja-kerja pembaikan dan penukaran atap bahagian dapur
rumah warga emas makcik Banun bt Nudin serta makcik Senah bt Nudin di Batu 3,
Kg Minching, Pedas, Rembau telah dimulakan pada 28 Mac 2017 dan dijangka siap
pada 29 Mac 2017. Terima kasih kepada mereka yang telah menghulurkan sumbangan.
Monday, March 13, 2017
Thursday, March 9, 2017
Guru cuti tanpa gaji demi anak
Guru cuti tanpa gaji demi anak
10 Mac 2017
REMBAU - Seorang guru terpaksa mengambil keputusan sukar
bercuti tanpa gaji demi menjaga anak bongsunya yang menghidap sakit saraf
(cerebral palsy).
Guru, Noor Akmar Mahmood, 35, berkata, dia nekad membuat
keputusan itu walaupun gusar terpaksa berhadapan masalah kewangan bagi
menampung perbelanjaan perubatan dan keperluan anaknya.
Menurutnya, untuk tahun ini sahaja, anaknya, Muhammad Arsyad
Riffat yang baru berusia setahun tiga bulan sudah lima kali dimasukkan ke wad
Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan dia juga sudah kehabisan cuti
menyebabkannya perlu mengambil cuti tanpa gaji sejak dua minggu lalu.
“Saya nak juga bawa anak dapatkan rawatan di Hospital
Rehabilitasi Cheras sehingga dia boleh gerakkan saraf. Saya mahu berada disamping anak dalam tempoh
rawatan ini.
“Kata orang rugi kalau saya ambil cuti tanpa gaji kerana
tindakan itu akan bagi kesan kepada rekod persaraan saya nanti tapi bagi saya
biarlah saya usaha dari awal... sekurang-kurangnya anak saya mampu mengerakkan
sarafnya seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.
Noor Akmar berkata demikian ketika ditemui sempena Lawatan
Muslimat Quran Rembau dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di
Kampung Batu, di sini, kelmarin.
Tanbah Akmar, apa yang dirisaukannya kini ialah perbelanjaan
perubatan serta keperluan anaknya memandangkan gaji bersih yang diterima
kira-kira RM1,200 sahaja.
Menurutnya, dia sebelum ini ada membuat pinjaman serta
menjadi penjamin sehingga menyebabkan dia mempunyai hutang lebih RM2,000 pada
setiap bulan untuk dilunaskan.
“Jadi nak tak nak saya pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan Baitulmal untuk minta bantuan, namun sebaik mereka tahu pekerjaan
saya mereka tidak dapat membantu saya.
“Saya bimbang dan berharap agar agensi ini dapat bantu saya
sekurang-kurangnya untuk keperluan susu khas anak saya yang dianggarkan sekitar
RM400 sebulan serta perbelanjaan
pengangkutan ke hospital," katanya.
Akmar berkata, dia berharap agar niatnya untuk fokus
terhadap perawatan saraf anaknya akan dapat berjalan dengan lancar.
Sempena lawatan itu, Muslimat Quran Rembau dan Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan buat keluarga
berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)