Monday, July 31, 2017

Kerja membaiki pintu rumah warga PPRT Legong Ulu



Selesai kerja membaiki pintu rumah warga PPRT Legong Ulu, Kota, Rembau pada 31 Julai 2017 di bawah seliaan Tn Hj Ishak Omar wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan





Sumbangan kerusi roda

Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Tn Hj Mohamad Hassan bin Tamby serta wakil Amalnita Negeri Sembilan Pn Hjh Faridah Yahaya menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Pn Naimah di Taman Jasmin, Senawang pada 31 Julai 2017. Pn Naimah merupakan seorang ibu tunggal, tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis yang kronik serta masalah buah pinggang.



Sunday, July 30, 2017

Program agihan sumbangan bantuan barangan keperluan asas dapur



Program agihan sumbangan bantuan barangan keperluan asas dapur diteruskan pada Jumaat 28 Julai 2017. Sebanyak 12 keluarga telah menerima sumbangan sekitar Kota, Kg Tiga Nenek, Legong Ulu, Kg Sg Serai, Kg Air Melintang, Kg Penajih, Kg Relong, Kg Chenong dan Rumah Rakyat Chengkau.

SUMBANGAN BULANAN BARANGAN DAPUR UNTUK KELUARGA ASNAF

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi :

Hj Rozmal 0122267406, Yayasan Amal
Hj Ishak Hj Omar 0123494041
Pn Hjh Masita 0192655059, Amalnita
Khairul Ikhwan 0136350756, Yayasan Amal

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank Islam, No akaun 05067010011212














Friday, July 28, 2017

Cuti tanpa gaji demi anak


Cuti tanpa gaji demi anak
10 Mac 2017

REMBAU - Seorang guru terpaksa mengambil keputusan sukar bercuti tanpa gaji demi menjaga anak bongsunya yang menghidap sakit saraf (cerebral palsy).

Guru, Noor Akmar Mahmood, 35, berkata, dia nekad membuat keputusan itu walaupun gusar terpaksa berhadapan masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan perubatan dan keperluan anaknya.

Menurutnya, untuk tahun ini sahaja, anaknya, Muhammad Arsyad Riffat yang baru berusia setahun tiga bulan sudah lima kali dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan dia juga sudah kehabisan cuti menyebabkannya perlu mengambil cuti tanpa gaji sejak dua minggu lalu.

“Saya nak juga bawa anak dapatkan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras sehingga dia boleh gerakkan saraf.  Saya mahu berada disamping anak dalam tempoh rawatan ini.

Thursday, July 27, 2017

Polis dan masyarakat berpisah tiada

Polis dan masyarakat berpisah tiada. Terima kasih kepada pihak Balai Polis Kota, Rembau yang menjemput Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ke Majlis Jamuan Raya pada 27 Julai 2017. Antara yang hadir mewakili Yayasan Amal ialah Tn Hj Ishak Omar dan Sdr Izamri manakala Pn Rusilah serta Pn Hjh Azamah mewakili Amalnita Yayasan Malaysia