Tuesday, September 26, 2017

Khidmat masyarakat - Pemeriksaan dan kerja pendawaian elektrik



Khidmat masyarakat - Pemeriksaan dan kerja pendawaian elektrik

25 September 2017 - Terima kasih kepada penyumbang serta Encik Yusri yang memeriksa dan melakukan kerja pendawaian elektrik tambahan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina, Taman Satria, Senawang.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan pendawaian elektrik sekitar Seremban, Senawang dan Rembau sila hubungi Yusri 0183114077 watsap.my/60183114077





Sumbangan untuk Masjid Senawang Jaya



Sumbangan untuk Masjid Senawang Jaya
25 September 2017

Tuan Haji Mohamad Hassan bin Tamby mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan serta penyumbang telah menyerahkan rak dan set rehal kepada Tuan Haji Ibrahim Harun, Pengerusi Masjid Taman Senawang Jaya. Masjid ini dijangka diisytihar pada bulan Oktober ini selepas dinaiktaraf daripada surau.


Wednesday, September 20, 2017

Sumbangan kerusi roda untuk pesakit kanser




Sumbangan kerusi roda untuk pesakit kanser
20 September 2017

MELAKA - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini melalui wakilnya Tn Hj Ishak Hj Omar telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Pn Lydia Laranio, 48 tahun yang menghidap kanser ovari di Taman Seruling, Ayer Molek, Melaka. Suami beliau Khalid bin Abu Kasim, 49 tahun dahulu bekerja sebagai pembantu kedai kini tidak dapat bekerja kerana baru berpindah dari Kuala Lumpur dua bulan yang lalu dan perlu menjaga isterinya. Isterinya memerlukan rawatan susulan di Hospital Ampang setiap minggu selepas pembedahan baru-baru ini. Pn Lydia berasal dari Filipina manakala Khalid berasal dari Kg. Ramuan China Kecil, Masjid Tanah. Pasangan ini mempunyai seorang anak yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi. Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi terus Khalid 0173266420. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun anak pasangan ini di Bank Rakyat, No akaun 220455383621

Sumbangan Alat Pemadam Api untuk Tahfiz, Madrasah

Terima kepada Sdr Virda Mohd Noor dari syarikat Pro Q Cemerlang yang membuat penghantaran tiga unit alat pemadam api 9kg ke Madrasah Az Zakirin di Rembau hasil sumbangan seorang individu yang prihatin.

Terkini ada satu sekolah tahfiz di Kuala Pilah perlukan 3 unit alat pemadam api dan satu sekolah tahfiz di Gentam perlukan 7 unit alat pemadam api.

Mereka yang ingin memberi sumbangan alat pemadam api boleh hubungi 0122267406 Rozmal atau boleh hubungi terus Sdr Virda 0122847068

Harga satu unit saiz besar 9kg ialah RM125 sudah termasuk GST. Harga istimewa untuk sekolah tahfiz sahaja.






Sunday, September 17, 2017

Pelancaran minuman Qamar Koko



Pelancaran minuman Qamar Koko oleh Al Fadhil Ustaz Tuan Haji Mustaffa Daharun, Pengerusi Akademi Darul Ulum Negeri Sembilan pada 15 September 2017

Mencari minuman yang kaya koko, rendah lemak, kurang gula?

Dapatkan QAMAR KOKO

1 kotak cuma RM19.80 ada 15 sachet

Hubungi:
Masita 0192655059
Bashariah 0192342533 (Port Dickson)
Noridah Shariff 0197901480 (Jempol)
Munirah 01133947057 (Rembau)
Syed 0192650805
Rozmal 0122267406