Monday, December 20, 2010

Sekitar Perkhemahan dan Motivasi Amal 2010

Pada 17 hingga 19 Disember 2010 telah diadakan Perkhemahan & Motivasi Amal 2010 anjuran Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan dan Surau Taman Matahari Heights, Senawang, N.Sembilan

Perkhemahan telah diadakan di Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.

Peserta-peserta telah dilatih untuk mendirikan Solat Berjemaah Di Surau. Antara pertandingan yang telah diadakan ia-lah Gusti Lengan, Timbang Sepaktakraw, Penebar Roti Canai Terbaik, Kumpulan Uli Roti Terbaik, Amal Race, Kumpulan Nasyid dan Pentomen Terbaik dan Kumpulan Kembara Malam Terbaik.

Program telah dihadiri oleh 30 peserta. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.

1) KUMPULAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH terdiri dari 5 orang di ketuai oleh Muhammad Alif bin Saidin Fitri.
2) KUMPULAN HASSAN AL-BANNA terdiri dari 5 orang diketuai oleh Muhammad Naquiddin bin Mohd Fadzil.
3) KUMPULAN OMAR AL-KHATTAB terdiri dari 6 orang diketuai oleh Abdul Hadi bin Zahari.
4) KUMPULAN SALAHUDDIN AL-AYUBBI terdiri dari 6 orang diketuai oleh Muhammad Sazuan bin Paiman.

Pemenangnya ialah :-
1) Juara Gusti Lengan = Muhammad Alif bin Saidin Fitri
2) Juara Timbang Sepaktakraw (35) = Abdul Hadi bin Zahari
3) Juara Perseorangan Tebar Roti Canai Terbaik = Ahmad Syarifuddin bin Husin
4) Kumpulan Uli Roti Terbaik = Juara Bersama ; Kumpulan Muhammad Al-Fateh dan Kumpulan Salahuddin Al-Ayubbi
5) Juara Amal Race = Juara Bersama ; Kumpulan Muhammad Al-Fateh dan Kumpulan Omar Al-Khatab
6) Nasyid dan Pentomen Terbaik = Kumpulan Hassan Al-Banna
7) Juara Kembara Malam = Kumpulan Omar Al-Khatab.

Saudara Muhammad Sufian Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan telah membuat Perasmian Penutup pada Majlis tersebut pada pukul 2.44 petang , 19hb Disember, 2010 (Ahad).













3 comments:

Mencari Damai.. said...

Salam,

Tahniah pada semua yang menjayakan perkemahan ni.

Memang plan nak bawak Hakkam ikut juga tapi apakan daya clash dgn program yang dah disusun lebih awal. InsyaAllah mas depan kalau masa sesuai InsyaAllah nak ikut serta.

Abdul Roni.

Mohd Taufek said...

Rugi rasanya tak dapat bersama, anak-anak semua kena "chicken pox" ..teruskan usaha mudah-mudahan Allah berkati usaha kita..Tahniah!!!

Mutiara NS said...

Alhamdulillah...teruskan usaha. Askar kami masih kecik lagi. InsyaAllah genap umur 5 tahun kami akan hantar Abdullah Azzam