Sunday, June 17, 2012

Sumbangan Ramadhan 1433 H NGO N.Sembilan

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan 1433 H serta penyerahan bantuan kepada beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Negeri Sembilan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com  atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Maklumat lanjut aktiviti Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com

Sertai NGO, sumbang bakti kepada masyarakat
Sinar Harian 15 Ogos 2011

SUNGAI LAYANG – Masyarakat berkemampuan diseru menyertai mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat baik dalam bentuk sumbangan tenaga mahupun kewangan.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan (YAMNS), Rozmal Malakan berkata, usaha mereka itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban golongan memerlukan dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Menurutnya, sepanjang lebih 10 tahun YAMNS ditubuhkan, pihaknya setiap tahun tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada golongan memerlukan.

No comments: