Encik Mohd Ali bin Bustamam dari Kg
Batu, Rembau pada 18 Mei 2013 datang mengadu kepada saya mengenai
kesusahan hidup beliau sekeluarga. Beliau hanya bekerja kampung, kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beberapa bulan sudah
beliau telah keluar masuk hospital kerana berkaitan masalah
kerongkong dan paru-paru. Dan baru-baru ini pula beliau diserang
sakit asma yang teruk.
Ini menyebabkan beliau tidak dapat
bekerja untuk menampung perbelanjaan harian. Kini beliau dalam proses
untuk pindah dari rumah yang di sewa di Kg Batu kerana tidak mampu
untuk membayar sewa yang lama tertangguh. Syukur ada insan yang
prihatin yang sudi untuk menyewakan rumah tanpa perlu bayar sewa dulu
di Kg Padang Lebar.
En Mohd Ali ada memohon rumah PPRT
untuk didirikan atas tanah ibu beliau di Kg Selemak akan tetapi belum
ada jawapan yang positif. Beliau juga ada memohon bantuan Baitul Mal
dan ada menerima bantuan Baitul Mal sebelum ini tetapi belum lagi
memohon untuk bantuan tetap bulanan dari Baitul Mal atau JKM.
Isteri beliau Pn Rosita yang dikahwini
pada tahun 2005 adalah merupakan saudara baru iaitu Orang Asli dari
Kg Ulu Chembong, Rembau. En Mohd Ali mempunyai 6 orang anak, 2 orang
anak tiri dan 4 orang anak beliau hasil perkongsian hidup dengan Pn
Rosita yang berumur antara 1 tahun ke 16 tahun.
Sehubungan dengan itu beliau memohon
kepada mana-mana pihak yang sudi membantu beliau samada untuk membuat
permohonan PPRT, bantuan bulanan JKM dan Baitul Mal atau bantuan
peribadi bolehlah menghubungi beliau di talian 016-6013577 atau boleh
disalurkan terus ke akaun Bank Islam beliau No Akaun
05-012-02-044168-9 atas nama Mohd Ali bin Bustamam.
Atau bantuan boleh juga disalurkan
melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
http://yam-ns.blogspot.com
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan,
No Akaun di Bank Islam 05012010047905
(Seremban). Hubungi saya Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi
YAMNS 012-2267407 rozmal@yahoo.com
No comments:
Post a Comment