12 Jul 2013
Yayasan Amal Malaysia akan menganjurkan pelancaran kutipan
dana untuk membantu mangsa perang di Syria dan Arakan pada 14 Julai ini di
Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya selepas solat tarawih.
Menurut kenyataan Pengerusi Tabung Syria-Arakan, Nasrun Amir
Abdullah, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Lembaga
Pengarah Al-Quds Internasional.
“Turut berucap pada malam itu adalah wakil Syria, Dr Mohd
Yunus dan wakil Rohingya yang berpangkalan di Dubai.
Orang ramai juga boleh menderma melalui akaun bank Yayasan
Amal Malaysia CIMB 14680000191108.
Sebarang pertanyaan boleh menghubung beliau di talian
013-9359898, Dr Rosli Allani 016-9356555, Ust Soud 019-9879332 dan Ust Fauzan: 019-3855634.
No comments:
Post a Comment