Sunday, August 3, 2014

Sabasun satu-satunya Pasaraya boikot syarikat ada kaitan Israel


Sabasun satu-satunya Pasaraya boikot produkt syarikat yang ada kaitan dengan Israel

Pasaraya Sabasun di Kuala Terengganu adalah satu-satunya pasaraya yang tidak menjual produk syarikat yang ada kaitan dengan Israel.

Mereka yang membeli belah di pasaraya yang menyediakan pelbagai barangan keperluan setanding mutu dan harga dengan pasaraya lain tidak perlu membawa senarai panjang barangan apa yang perlu diboikot.

Ini adalah kerana Sabasun tidak menjual barangan yang diboikot berkaitan Israel.

Mereka yang pergi ke Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang membeli belah di Pasaraya Sabasun sambil menderma ke Tabung Gaza – Yayasan Amal Malaysia yang disediakan di pasaraya ini.

Semoga semua pasaraya dan kedai yang diusahakan orang Islam di Malaysia ini dapat mencontohi Pasaraya Sabasun.

No comments: