Sunday, February 22, 2015

Ucapan penghargaan dpd pelajar yg kita bantu

Pagi ini mendapat ucapan penghargaan dpd seorg pelajar di IPTA yg kita, para sahabat, warga FB serta mereka yg bantu sebelum ini dimana pelajar ini hampir tidak dapat daftar ke IPTA ambil Degree Software Engineering kerana tidak cukup duit untuk bayar yuran pendaftaran.

Pelajar tadi ucap terima kasih kpd kita semua dan memaklumkan keputusan periksanya yg terkini mendapat PNGK 3.96.

Semoga pelajar ini menjadi anak yg soleh.

Wednesday, February 11, 2015

Ibu mualaf perlukan bantuan belanja sekolah anak dll



Seorang ibu mualaf dari Seremban menghubungi saya, dia dan suami sebelum ini bekerja tetap, tetapi tempat kerja mereka mempunyai masalah kewangan setahun yang lalu dan kakitangan dikurangkan. Sejak itu mereka bekerja sambilan, dengan pendapatan sekitar RM40 sehari.

Elektrik di rumah mereka telah dipotong, namun mereka nekad membuat penyambungan tidak sah, kerana tiada duit untuk membayar penyambungan semula elektrik sekitar RM200.

Itu belum belanja dapur, belanja sekolah anak, susu anak dan sebagainya.

Mereka ada mendapat bantuan Baitul Mal sebanyak RM100 sebulan.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini samada untuk membayar penyambungan semula elektrik, barangan dapur, susu anak umur 3 tahun dsbnya sila hubungi saya 012-2267406

Hj Rozmal bin Malakan
Tel : 012-2267406

Kita sebagai jiran, masyarakat perlu bantu mereka yg memerlukan



Kita sebagai jiran, masyarakat perlu bantu mereka yg memerlukan sementara mereka ini mendapat bantuan Majlis Agama Islam N.Sembilan atau Baitul Mal.

Seperti luahan ibu tunggal di bawah ini. Satu kisah, dari kisah ramai keluarga yg kesempitan.

Rozmal bin Malakan
10.2.15

......
ALLAH HU AKBAR...ALHAMDULILLAH...Sya klu boleh memang nk pnjam dlu sementara dpt bantuan baitulmal.klu boleh tuan tlg lh tnyakan sesape yg blh bg pnjm baki yg sya perlukan itu.sya jnji akan byr blk.,terima kasih yg tramat sangat...sya doakan agar tuan dan orang yg bantu sya diberkati ALLAH S.W.T. selalu...AMIN...


Alhamdulillah, baru pulang dari lawatan kerja selama 4 hari di Dubai. Banyak perkara yg dipelajari. Walaupun hujan emas di negara orang, lebih baik berusaha, mengerah keringat di negara sendiri.