Wednesday, February 11, 2015

Ibu mualaf perlukan bantuan belanja sekolah anak dll



Seorang ibu mualaf dari Seremban menghubungi saya, dia dan suami sebelum ini bekerja tetap, tetapi tempat kerja mereka mempunyai masalah kewangan setahun yang lalu dan kakitangan dikurangkan. Sejak itu mereka bekerja sambilan, dengan pendapatan sekitar RM40 sehari.

Elektrik di rumah mereka telah dipotong, namun mereka nekad membuat penyambungan tidak sah, kerana tiada duit untuk membayar penyambungan semula elektrik sekitar RM200.

Itu belum belanja dapur, belanja sekolah anak, susu anak dan sebagainya.

Mereka ada mendapat bantuan Baitul Mal sebanyak RM100 sebulan.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini samada untuk membayar penyambungan semula elektrik, barangan dapur, susu anak umur 3 tahun dsbnya sila hubungi saya 012-2267406

Hj Rozmal bin Malakan
Tel : 012-2267406

No comments: