10 Julai 2014
Jelebu - Hidup tidak semudah yang
disangka. Semua orang inginkan kehidupan yang selesa. Mampu untuk
memiliki semua yang diidamkan. Begitu jugalah dengan sebuah keluarga
ini. Suasana raya tidak dirasai. Hanya mampu melihat insan sekeliling
meraikannya saja.
Kisah dan masalah mereka ini telah
dipanjangkan kepada NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan. Wakil kami telah hadir untuk melihat sendiri masalah yang
dihadapi. Inilah lumrah kehidupan. Nampak senyum diluar tetapi hati
penuh dengan kesedihan.
Kisah Pn Saliza ini sungguh
menyentapkan hati kami. Suami saya mempunyai masalah kesihatan iaitu
asma. Dia tidak mampu membuat kerja - kerja berat. Jadi kami tidak
mempunyai pendapatan tetap. Pernah suatu hari suami saya pengsan
setelah penat bekerja. Pernah suatu ketika kami tidak makan selama 4
hari kerana tidak mencukupi wang untuk membeli makanan. Kalau tak ada
duit kami tidak mampu menghantar anak ke sekolah. Kehidupan kami
boleh diibaratkan kais pagi makan pagi. Kami juga mempunyai 3 orang
anak yang masih bersekolah rendah. Kami tidak mendapat bantuan asnaf.
Kadang - kadang yuran sekolah anak pun ada cikgu yang tolong
bayarkan. Luah Pn Saliza kepada kami.
Selain itu, Pn Saliza tinggal bersama
dengan Kakak Iparnya. Suami kepada kakak iparnya sudah lama meninggal
dunia. Kakak iparnya juga mempunyai 3 orang anak. Kakak iparnya
mendapat bantuan JKM sebulan RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Anak
-anak tidak mendapat biasiswa. Yuran sekolah masih berhutang lagi.
Begitulah kisah mereka yang diceritakan oleh Pn Saliza.
Tolonglah kami, bil air telah dipotong.
Persiapan raya tidak ada. Kami pakai apa yang ada. Kami tetap
bersyukur dengan apa yang ada. Jika pihak encik boleh bantu kami,
kami akan ingat sampai akhirat luah Pn Saliza kepada wakil kami iaitu
En Mohd Saiful Ridzuan Bin Jasmin.
Kisah mereka ini akan kami panjangkan
kepada mereka yang berwajib. Kepada penyumbang - penyumbang diluar
sana yang ingin membantu, maka kami menghulurkan tangan untuk
bersama. Inilah saudara kita. Siapa lagi kalau bukan kita. Tolonglah
mereka sekadar termampu. Pihak Yayasan Amal Malaysia juga telah
menyampaikan sumbangan melalui "Program Kami Menyayangimu"
kepada mereka sekeluarga. Semoga sumbangan yang sedikit ini mampu
menjernihkan senyuman mereka dalam menghadapi hari lebaran yang akan
datang tidak lama lagi. Sebarang sumbangan boleh hubungi 012-9718829
(Setiausaha) Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Turut
hadir bersama dan menyampaikan sumbangan ialah MAPIM Negeri Sembilan,
Ustaz Fuad Bin Othman.