Saturday, July 11, 2015

Tolong Apit, Kami pun mahu beraya.


10 Julai 2015

Jelebu - Syawal bakal menjelma, kemeriahan raya sudah dirasai. Kebanyakannya sudah mula berkemas dan menghias rumah samada didalam mahupun diluar untuk menerima kehadiran sanak saudara serta sahabat handai datang berkunjung.

Lain pula nasibnya yang menimpa sebuah keluarga di sebuah kampung di Parit Gong, Pertang. Kisah mereka Sudah lama mendiami dikampung tersebut tetapi masih belum dapat kehidupan yang sedikit selesa. Mereka merupakan saudara baru yang sudah lebih 13 tahun memeluk islam, tetapi kehidupan mereka amat menyedihkan. Mereka hanya mampu tinggal di sebuah pondok usang yang beratapkan daun nipah, berdindingkan kain kanvas yang lusuh, bertiangkan kayu hutan dan berlantaikan rotan. Rumah mereka pula terletak di dalam kebun getah.

"Tolonglah Apit sekeluarga encik, Apit sudah lama menantikan sebuah rumah. Hidup Apit sekeluarga susah. Apit tidak ada pendapatan tetap. Apit cuma menoreh getah saja. Apit menanggung seorang emak yang sudah tua dan tidak mampu lagi untuk melihat. Apit juga menanggung anak perempuan yang sudah lama ditinggalkan suaminya. Anak perempuan Apit tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatan. Apit juga menjaga cucunya seramai 3 orang. Cucunya berumur 4-6 tahun. Itulah luahan Apit kepada Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En Mohd Saiful Ridzuan Bin Jasmin.

Selain itu, Apit sekeluarga hidup hanya bercahayakan lampu lilin diwaktu malam. Apit sekeluarga juga tidak mendapat bekalan air yang bersih. Apit terpaksa mengambil air diloji yang berdekatan lebih kurang 2-3 kilometer jaraknya dari rumah. Terpaksa berulang alik sebanyak 4-5 kali sehari dengan menggunakan motor. Kalau tak ada duit, Apit kena jalan kakilah. Kalau tak macamana Apit nak dapatkan bekalan air bersih untuk masak, mandi dan membasuh. Perigi Apit sudah tidak berapa elok untuk digunakan, luah Apit sambil menitiskan air mata sewaktu mencerikan kisahnya kepada kami.
Wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah bertanya dan memanjangkan hal tersebut kepada Baitulmal Daerah Jelebu. Pihak Baitulmal Jelebu mengatakan mereka ini dibawah urus selia Unit Dakwah Pusat Dakwah. Pihak Baitulmal juga akan mengambil tindakan untuk membantu mereka.

Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan juga akan cuba membantu sekadar yang termampu. Kami hanya sebuah NGO, kami tidak mempunyai dana yang banyak untuk membina sebuah rumah kepada Apit sekeluarga. Kami hanya mampu mencari penyumbang - penyumbang yang mahu membantu dalam kerja - kerja kebajikan ini. Selebihnya kita akan serahkan pada pihak yang berwajib untuk membantu. Dalam masa yang sama, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan juga telah menyampai sedikit bantuan raya kepada Apit sekeluarga dan sebuah keluarga lagi di Kampung Jerang. Kepada penyumbang yang ingin membantu boleh terus menghubungi 012-9718829 Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama sewaktu lawatan tersebut adalah Pengerusi MAPIM Negeri Sembilan, Ustaz Fuad Bin Othman.

No comments: