Monday, August 17, 2015

Bengkel Teknik Temuduga Berjaya




Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan menaja 10 orang graduan dari keluarga miskin yang benar-benar berminat untuk menghadiri bengkel tip temuduga ini. Hanya mereka yang daftar awal akan ditaja, siapa cepat dia dapat.

Mereka yang ingin menaja graduan dari keluarga miskin untuk menghadiri bengkel ini sila hubungi saya 0122267406

Hj Rozmal bin Malakan
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
17 Ogos 2015

Tuesday, August 11, 2015

Masyarakat Rohingya di Seremban



Pihak kami sedang dalam rangka untuk meninjau keadaan masyarakat Rohingya yang berstatus pelarian di bawah UNHCR di Seremban. Dianggarkan terdapat 700 orang masyarakat Rohingya di Negeri Sembilan.

Mana-mana pihak yang telah atau sedang mengadakan program bantuan kemanusiaan, sosial, pendidikan atau kesihatan bersama masyarakat Rohingya di Seremban ini harap dapat hubungi saya agar kita dapat selaraskan bentuk program yang dapat dirangka serta dilaksanakan agar tidak berlaku pertindihan program atau ada di kalangan mereka ini yang tercicir atau kita terlepas pandang.

Rozmal bin Malakan
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
11 Ogos 2015
Tel : 0122267406

Monday, August 10, 2015

Ketinggalan kerana miskin



Ketinggalan kerana miskin
10 Ogos 2015

SEREMBAN - Walaupun pandai dalam pendidikan, namun disebabkan kesempitan hidup menyebabkan kebanyakan anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan (YAMNS), Norwani Ahmad berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantu bukan sahaja dari sudut memberi sumbangan tetapi juga pendidikan.

“Saya dapati ramai di antara anak-anak dari keluarga susah pelajarannya bagus tapi sayang, ada yang terpaksa belajar separuh jalan sahaja.

“Menjadi peranan semua pihak untuk bantu beri peluang kepada mereka kerana dengan pendidikan cemerlang dapat ubah nasib keluarga mereka kelak,” katanya ketika ditemui pada bengkel Skor A Matematik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015, di sini, semalam.

Program berkenaan melibatkan seramai 75 peserta dan YAMNS yang menaja 15 daripada mereka berasal dari keluarga kurang mampu.

Selain itu, Norwani berkata, bagi memastikan pelajar memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka juga perlu dibantu dengan bengkel dan seminar bersesuaian.

Menurutnya, ilmu diperolehi dalam kelas saja tidak mencukupi kerana ada sesetengah mereka memerlukan bantuan daripada luar.

“Dalam kelas teknik belajar dan penyampaiannya mungkin berbeza dan ada sebahagian pelajar boleh terima dan ada yang sukar untuk terima.

“Sebab itu mereka ini perlu kelas tambahan lain di luar. Setakat ini saya nampak ada perubahan dari sudut kefahaman mereka dalam sesetengah subjek dipelajari selepas mengikuti bengkel atau kelas yang kita adakan,” katanya.

Friday, August 7, 2015

Projek lampu solar untuk mereka yang miskin tidak mampu bayar bil



Keluarga miskin di bawah ini telah setahun tiada elektrik di rumah mereka kerana bekalan elektrik telah dipotong. Anak-anak mereka hanya menggunakan lampu lilin untuk belajar. Memang banyak kes sebegini sekarang. Untuk menyambung semula bekalan elektrik ada yang terpaksa membayar tunggakan sehingga RM2,000 termasuk denda, itu belum tentu dapat membayar bil secara tetap selepas itu.

Salah satu alternatif yang ada ialah membekalkan kepada keluarga seperti ini lampu solar pada kos tidak sampai RM50 seunit. Ianya tidak memerlukan penukaran bateri atau pengecasan menggunakan bekalan elektrik atau minyak. Sebaliknya hanya perlukan cahaya matahari.

Pihak kami dalam rangka untuk membekalkan lampu solar kepada keluarga sebegini samada di bandar atau luar bandar.

Mereka yang ingin menyertai projek pembekalan lampu solar ini sila hubungi saya 0122267406

Hj Rozmal bin Malakan
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
23 Syawal 1436

*****************
Poor family living in darkness for a year
8 August 2015

A FAMILY has been living in darkness for more than a year because they cannot afford to pay the electricity bill.

The couple’s five school-going children are forced to do their homework by candlelight.

Guang Ming Daily reported that the family of seven lives in a low-cost flat in Bukit Panchor, Nibong Tebal.

The 45-year-old father, Vincent, and his wife Visarani, 47, have five children aged between seven and 15. Two study at SMK Tunku Abdul Rahman in Nibong Tebal while the rest are in SJK (T) Sungai Jawi.

It was reported that Vincent is a deliveryman who earns between RM500 and RM600 a month.

Their electricity supply was cut off early last year after they failed to pay the bill.

Since then, they light up two candles each night in the living room where the children did their school work. Vincent said he needed to pay RM250 for the rent and about RM500 for the household expenses.

The family receives RM400 aid from the Welfare Department each month.

Adakah kita reda saudara kita buat pinjaman Ahlong?

Ada seorang kontraktor di N.Sembilan baru dapat projek tender kerajaan tidak sampai RM50,000. Dia telah kehabisan modal. Puas dia usahakan untuk mendapatkan pinjaman dari pelbagai agensi dan individu. Namun pada masa sekarang adalah begitu sukar untuk mendapat pinjaman.

Sekiranya tidak mendapat pinjaman, beliau akan membuat pinjaman Ahlong sebanyak RM2,000 untuk memulakan projek tersebut.

Pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan tidak menyediakan kemudahan pinjaman.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membantu memberi pinjaman kepada saudara kita ini sila hubungi saya 0122267406

Hj Rozmal bin Malakan
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
23 Syawal 1436

Rumah anak yatim perlukan kipas berdiri

Baru dapat maklumat sebuah rumah anak yatim di Seremban amat memerlukan beberapa kipas berdiri. Mereka yang ingin memberi sumbangan dengan menghantar terus kipas ini ke lokasi sila hubungi saya 012-2267406

Program korban untuk membantu mereka yang memerlukan


Tuesday, August 4, 2015

Program Korban dan Agihan Daging Korban 1436



Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan menganjurkan program korban dan agihan daging korban dengan tumpuan diberikan di kawasan lebih ramai keluarga yang memerlukan seperti di kawasan perumahan rakyat miskin serta termiskin juga di penempatan orang asli.

Satu bahagian korban lembu ialah RM550.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ada membuat program korban dengan jumlah yang banyak tetapi menghadapi kesukaran untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan bolehlah menghubungi pihak kami.

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan kulit lembu sebagai sebahagian dari projek untuk membantu beberapa pihak yang memerlukan seperti madrasah dan sebagainya.

Sila hubungi pihak kami untuk turut serta dalam program ini dengan menghubungi :

Rozmal Malakan 0122267406 , Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Saiful 0136840323 , Setiausaha




Monday, August 3, 2015

Bengkel UPSR percuma untuk pelajar miskin



Para pelajar dari keluarga miskin yang amat berminat untuk menyertai bengkel UPSR ini tetapi tidak mampu, pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan menaja dengan syarat perlu daftar dengan menghubungi sekretariat pada atau sebelum hari Jumaat 7 Ogos 2015, pengangkutan dan alat tulis tidak disediakan. Kepada mereka yang ingin menaja pelajar dari keluarga miskin ini sila hubungi saya 012-2267406 (Hj Rozmal bin Malakan, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan). Bengkel ini diadakan di Dewan Aspirasi, Lavender Height, Senawang, berhampiran Kip Mart.

SKOR A+ MATEMATIK UPSR 2015

Mari daftarkan anak-anak anda yg bakal mengambil peperiksaan UPSR pada 2015.

- Sila bawa soalan matematik yang sukar untuk diselesaikan ke program ini. Cikgu Fudhail akan membantu anak anda.
- Cikgu akan share tips berkenaan istilah-istilah matematik yang perlu difahami oleh pelajar ketika membaca soalan. Apa maksud diskaun, dividen, kenaikan, keluasan, isipadu, pecahan dan lain-lain
- Daftar segera kerana had penyertaan hanya 100 orang pelajar sahaja.
- Hubungi Mas 019-2655059 , Wani 013-3851202