Dalam mesyuarat persiapan majlis korban
beberapa hari lepas yang akan diadakan di sebuah penempatan di
Seremban yang rata-rata penduduknya berpendapatan rendah, miskin
serta ada yang miskin tegar, wakil penduduk di kawasan tersebut
menyatakan kesyukuran serta penghargaan yang tidak terhingga.
Berapa saja bilangan korban yang mereka
terima, mereka akan bahagi sama rata dengan beratus-ratus penduduk di
situ, asalkan setiap keluarga merasa serba sedikit daging korban,
walaupun hanya beberapa ratus gram.
Pada awalnya kita hanya mampu
menyalurkan 3 ekor lembu korban di kawasan itu. Memandangkan
kesungguhan penduduk di situ, telah menyentuh hati seorang individu
untuk menambah lagi seekor lembu untuk dikorbankan.
Semoga Allah memberkati dan meredhai
mereka yang terlibat dalam program korban pada tahun ini, di
mana-mana jua.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Semoga Allah menerima amalan dari kami
dan amalan dari kamu.
Rozmal bin Malakan
10 Zulhijjah 1436