Wednesday, September 23, 2015

Di Malaysia juga masih ramai memerlukan serta mengharapkan daging korban



Dalam mesyuarat persiapan majlis korban beberapa hari lepas yang akan diadakan di sebuah penempatan di Seremban yang rata-rata penduduknya berpendapatan rendah, miskin serta ada yang miskin tegar, wakil penduduk di kawasan tersebut menyatakan kesyukuran serta penghargaan yang tidak terhingga.

Berapa saja bilangan korban yang mereka terima, mereka akan bahagi sama rata dengan beratus-ratus penduduk di situ, asalkan setiap keluarga merasa serba sedikit daging korban, walaupun hanya beberapa ratus gram.

Pada awalnya kita hanya mampu menyalurkan 3 ekor lembu korban di kawasan itu. Memandangkan kesungguhan penduduk di situ, telah menyentuh hati seorang individu untuk menambah lagi seekor lembu untuk dikorbankan.

Semoga Allah memberkati dan meredhai mereka yang terlibat dalam program korban pada tahun ini, di mana-mana jua.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Semoga Allah menerima amalan dari kami dan amalan dari kamu.

Rozmal bin Malakan
10 Zulhijjah 1436

No comments: