Thursday, February 25, 2016

Pelajar OKU impikan kaki palsu


Pelajar OKU impikan kaki palsu
25 Februari 2016

KUALA PILAH - Terbabit kemalangan jalan raya hampir tiga tahun lalu menyebabkan seorang pelajar tingkatan empat kehilangan kaki kirinya sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.

Muhammad Aidil Aswad Masli, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad (TMS), di sini bagaimanapun menganggap ia sebagai takdir yang perlu diterima dengan hati reda.

Mengimbas kembali tragedi kira-kira 3.30 petang pada 30 Mac 2013, Muhammad Aidil menunggang motosikal untuk menghantar ibunya, Siti Aishah Syed Alwie, 50, ke tempat kerja dari arah Kampung Gentam ke Kampung Parit.

Bagaimanapun, mereka berdua terbabas, lalu dirempuh sebuah kenderaan sehingga menyebabkan kaki kiri Muhammad Aidil putus, manakala ibunya cedera di jari kaki kiri, patah kaki kiri dan mengalami gegaran otak yang serius.

Katanya, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, selama tiga minggu, sementara ibunya koma selama dua bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Buat masa ini, saya pergi ke sekolah setiap hari menggunakan tongkat. Mujur kelas saya berada di tingkat bawah dan tidak perlu menaiki tangga. Abang ipar saya yang akan hantar dan ambil saya ke sekolah," katanya.

Namun jauh di sudut hati Muhammad Aidil mengharapkan dapat memiliki kaki palsu untuk memudahkan pergerakannya.

"Saya berharap supaya suatu hari nanti saya boleh pakai kaki palsu bagi memudahkan pergerakan saya,” kata anak bongsu dari tiga beradik ini.

Sementara itu, ibunya, Siti Aishah berkata, kehidupannya sekeluarga semakin terhimpit memandangkan dia sudah tiga tahun tidak bekerja, sekali gus tidak mampu menampung perbelanjaan menempah kaki palsu yang kosnya mencecah RM16, 500.

“Pada awalnya kami meminta bantuan dari Baitulmal. Baitulmal setuju membayar kos kaki palsu sebanyak RM10,000.

“Tapi nak dapatkan RM6,500 lagi, saya tak mampu. Saya dah tak bekerja, kini bergantung harap kepada anak sulung untuk tampung perbelanjaan harian kami semua,” katanya merupakan seorang ibu tunggal.

Monday, February 22, 2016

Perlu bantuan bina bilik mandi/tandas



Penghuni rumah di Rembau ini sejak sekian lama menggunakan air perigi pam tangan. Airnya bersih dan segar, tiada keperluan untuk sambung bekalan air paip, kerana ini lebih menjimatkan. Yang perlu ialah pasang dinding dan tandas, kerana penghuni rumah ini mandi pada waktu malam kerana tiada dinding, serta menumpang tandas di tempat lain. Mereka yang ingin menyumbang untuk membina bilik mandi/tandas sila hubungi 0122267406 (Rozmal).



Pelajar kolej perlu bantuan baiki komputer



Seorang pelajar miskin di Kolej Vokasional Rembau berasal dari Gemencheh perlukan bantuan untuk baiki komputernya. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 (Rozmal). Di bawah ini anggaran kos baiki ;

PC repair & service :
1) Formating & updating - RM80
2) Labour - RM50
3) Power Supply - RM169
4) RAM - RM129

TOTAL : RM428



Bantuan katil, tilam khas dan kipas



Baru-baru ini dipaparkan kisah pakcik Mohamad bin Nordin, 77 tahun yang mengidap pelbagai penyakit di Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban memerlukan katil, tilam mudah basuh dan kipas. Hari ini kami telah menyerahkan katil, tilam yang dibalut khas dengan PVC serta kipas hasil sumbangan para penderma. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga ini.




Sunday, February 21, 2016

Bantuan tukar/baiki atap yang bocor teruk diperlukan



Puan Habibah di Kg Semerbok, Rembau sebelum ini tinggal di rumah yang separuh siap. Hanya mendiami di bahagian dapur yang beratapkan kanvas. Baru-baru ini ada hamba Allah telah menyumbang untuk memasang atap. InsyaAllah, lepas ini kami akan cuba mencari dana untuk menukar atap rumah Encik Kamal di Kg Pilin pula yang bocor teruk.