Sunday, February 14, 2016

Teruskan bantu mereka yang memerlukan



Kepada mereka yang membantu orang susah, orang miskin, mereka yang memerlukan, hayati dan pelajari maksud ayat Quran di bawah ini. Roda berputar, sejarah sentiasa berulang.

Surah An-Nuur ayat 22 yang bermaksud "Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum keluarganya , orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan-jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Menurut Al-Sayuti (1986:404) , ayat di atas diturunkan berikutan perbuatan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a yang terlalu marah terhadap Mistah kerana menyebarkan cerita fitnah terhadap anaknya Aisyah sehingga beliau telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang diberikan kepadanya.

No comments: