Sunday, June 12, 2016

Sumbangan Ramadhan untuk Pn Kalsom bte Md Ali



Hari ini 12 Jun 2016 tim kami yang diketuai oleh Firdaus Talib menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada Pn Kalsom bte Md Ali, merupakan ibu tunggal OKU di Lot 2687 Kampung Tenai, Sungai Dua, Gemencheh, N.Sembilan. Mempunyai 4 orang anak. Anak pertama sakit kurang darah merah (kerja sambilan), anak kedua baru meninggal dunia, anak ketiga Tingkatan 5 dan anak keempat Tingkatan 4. Pn Kalsom kerja ambil upah harian (parut kelapa di kedai) sehari RM20. Menerima bantuan JKM untuk sekolah anak, RM200 sebulan (dua orang). Beliau memohon bantuan cermin mata untuk dirinya kerana rabun teruk, bantuan makanan bulanan serta dapur masak sudah rosak. Mereka yang ingin membantu boleh hubungi Firdaus 0136096680 atau Rozmal 0122267406




No comments: